Sultan Melaka Terkaya
Terdapat ramai sultan Melaka dari pemerintahnya yang pertama hingga kepada Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad. Di antara mereka ini siapakah diantara mereka yang paling kaya dan berapa nilai hartanya?
Parameswara (Iskandar Syah (........ 1414)
Sultan Megat Iskandar Syah (1414 - 1424)
Seri Maharaja (1424 - 1445)
Sultan Abu Syahid (1445 - 1446)
Sultan Muzaffar Syah (1446 - 1456)
Sultan Mansur Syah )1456 - 1477)
Sultan Alayddin Riayat Syah (1477 - 1488)
Sultan Mahmud Syah (1488 - 1511)
Sultan Ahmad Syah ( 1511 - 1511)
Siapakah diantara mereka yang terkaya dan berapa banyak harta meraka akan diketahu dalam msa yang terdekat. Sabar
Monday, 8 October 2012
Dimana letaknya Makam Parameswara
Di mana letaknya
Makam PARAMESWARA ?
Di tapak Rumah Api inilah dikatakan makam Parameswara
Pemerintah
Melaka yang pertama ialah Parameswara. Beliau memerintah Melaka mula
dari akhir abad ke 14 hingga 1414 atau 1424. Semasa pemerintahan beliau
Melaka telah bangun dari sebuah desa nelayan kepada sebuah entrepot yang
terkenal. Beliau dikatakan meninggal dunia dalam usia yang tua iaitu
ketika berusia dalam lingkungan 84 tahun.
Soalnya dimana letaknya makam Parameswara. Tidak terdapat dalam catatan Sejarah Melayu atau dari laporan YING YAI SHENG LAN – By Ma-Huan: 1451
HSING-CH’A SHENG-LAN By FEI HSIN - 1436. Tetapi dalam laporan dan catatan Portugis iaitu, Godinho de Eredia 1613 ada menyatakan.
“ …………….: Raja Melaka itu (Parameswara) mangkat dan ditanamkan di kemuncak sebuah bukit di Tanjung Tuan (Cape Rachado) itulah sebabnya dinamakan Tanjung Tuan. ………………………..”
Peta Tanjung Tuan atau Cape Rechado (Broken Cape)
Jika itu benar mengapa Parameswara di makamkan di Tanjung Tuan atau Cape Rechado dan tidak ditempat lain di Melaka.
Ini kemungkinan benar sebab
- Belum ada makam diraja di Melaka pada waktu itu.
Pada waktu itu belum lagi ada Makam Diraja di Melaka. Beliau adalah raja Melaka yang pertama dan tidak ada raja sebelumnya. Sebab itu tidak ada makam diraja untuk mengkebumikan Parameswata.
- Puncak Bukit sebagai Tempat Pemakaman
Mengikut konsep kosmos kehinduan seorang raja semestinya ditanamkan di puncak bukit. Konsep kehinduan ini tidak menyalahi akiqah Islam. Makam
orang Islam boleh terletak dimana-mana termasuk di atas bukit Di Melaka
terdapat beberapa bukit termasuk bukit Cina, Bukit Bendera (Bukit St
Paul) Bukit Pipit (Bukit Senjuang/Bkt St.John dan Bukit Tanjung Tuan.
Soalnya mengapa pembesar Melaka memilih Bukit di Tanjung Tuan untuk
dikebumikan jenazah Parameswara. Tajung Tuan hingga kini adalah jajahan dan sebahagian dari Negeri Melaka. Tanjung Tuan telah menjadi jajahan Melaka sejah 600 tahun dahulu hingga kini.
- Puncak Bukit Tanjung Tuan adalah yang tertinggi sekali di antara bukit-bukit yang ada di sepanjang pantai jajahan Melaka.
- Ia terletak di kawasan tersempit sekali di Selat Melaka. Jaraknya dari pantai Sumatera dengan Pantai Semenanjung Tanah Melayu ialah lebih kurang 40 km.
- Tanahnya menanjung ke laut seolah-olah seperti Pintu Gerbang masuk ke kawasan Pelabuhan Melaka. Sampai ke Tanjung Tuan bermakna sudah sampai ke Pelabuhan Melaka.
- Tebingnya mencuram ke laut dan dapat memberikan pandangan yang luas hingga saujana mata memandang.
Jika sekiranya benar dimana sebenarnya Makam Parameswara
Apabila Parameswara meninggal, pembesar-pembesar Melaka telah bermuafakan agar Parameswara dimakamkan di puncak bukit itu. Satu upacara pengkebumian diraja diadakan di situ. Berkemungkinan
besar janazahnya dibawa dari istana Melaka ke Tanjung Tuan melalui laut
dan mendarat di pantai yang berpasir indah di bawah bukit itu. Jenazahnya kemudian ditandu ke atas puncak Bukit itu untuk dibumikan.
Peta Negeri Sembilan menunjukkan kedudukan Tanjung Tuan.
Makamnya sememang terletak dipuncak bukit Tanjung Tuan. Kini makam ini tidak kelihatan lagi. Di mana letaknya makam itu? Makam itu asalnya terletak di puncak bukit Tanjung Tuan. Malangnya
seratus tahun selepasa itu, iaitu pada tahun 1528 atau 1529 , dalam
zaman pemerintah Portugis makam itu dirobohkan untuk didirikan sebuah
rumah api di puncak Bukit itu. Bagi orang-orang
Portugis rumah api di puncak bukit itu lebih penting dari makam yang
indah yang dibina di puncak bukit itu . Di Melaka banyak makam-makam
diraja dan masjid dirobohkan dan batunya diambil untuk membina Kota A
Famosa. Dengan itu Makam Parameswara akhirnya menjadi mangsa pembangunan Portugis. Bagi
orang-orang Portugis rumah api di Tanjung Tuan amat penting kepada
kapal-kapal dan laluan laut di Selat Melaka. Rumah api itu menjadi
panduan penting kepada pelaut dan pedagang waktu itu yang melalui
kawasan tersempit di Selat Melaka.
Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Zaman
Pemerintahan Belanda (1641-1824).
Sebuah kapal dagang Belanda melalui Selat Melaka
menjadikan Rumah Api Tanjung Tuan sebagai panduan
Melaka
jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan secara rasminya pentadbiran
rumah api Tanjung Tuah terserah kepada V.O.C. Pihak pentadbir Belanda
di Belanda terus mengurusakannya hingga pada tahun 1718, rumah api
Tanjung Tuan itu dibaikpulih setelah pembinaanya oleh pemerintah
Portugis pada tahun 1528/1529. Kerja-kerja ini terus melenyapkan lagi makam Parameswara yang berusia 100 tahun itu.
Tanjung Tuan dan Makan Parameswara Zaman Pemerintahan British
(1824-1957)
Rumah Api Tanjung Tuan
Kerajaan Belanda menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada kerajaan British pada tahun 1824. Pihak British masih menganggap Rumah Api di Tanjung Tuan atau Cape Rechado itu amat penting kepada aktiviti maritim yang melalui Selat Melaka. Pada
tahun 1863 pihak telah membangunkan rumah api baru bagi menggantikan
yang dibauikpulih olrh Belanda, seperti yang ada sekarang . Rumah Apia
pi itu lebih moden dan lebih canggih. Ini bermakna ia menggunakan puncak Tanjung Puteri itu hampir keseluruhannya dan terus melenyapkan tapak kubur pengkebumian Parameswara. Kina Makam Parameswara lenyap dan mungkin ada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rechado atau dalam bahasa Portugis bermakna “Broken Cape”.
Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Kini.
Paraweswara dimakamkan di Puncak Bukit Tanjung Tuan dalam abad ke 15. Pada tahun 1528/1529
sebuah Rumah Api dibina oleh Pentadbir Portugis Pada tahun 1817 pihak
Belanda membaikpulih dan pada tahun 1863 Rumah api sperti yang ada
sekarang dibina oleh pihak British. Pada tahun 1990 sebuah lagi menara
dibina magi menempatkan radar MEASAT dan terus melenyapkan makam Parameswara yang ada di situ.
Tanjung Tuan dan tebing yang sangat curam menghadapi laut.Kini lenyaplah makam Parameswara
yang berada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan.
Wallahualam
al-Fatiha.
Marai Seinen Club - Zaman Jepun
Marai Seinan Club ditubuhkan
Apabila pihak Jepun mengesan bahawa KMMM ada hubungan dengan MPAJA, semua pemimpin-pemimpin KMMM telah diminta menghadap Gabnor Ken Thurumi. Ken Thurumi telah memerintahkan supaya mereka membubarkan KMMM dan sebagai gantinya mereka diarahkan menubuhkan satu pertubuhan lain yang dinamakan ‘MARAI SEINEN CLUB” (MSC) Pemimpin-pemimpin KMMM diingatkan supaya jangan meneruskan ideologi perjuangan mereka, sebaliknya mesti terus memberikan perkhidmatan kepada Jepun.
Marai Seinen Club bermaksud Kelab Melayu Muda atau Kelab Belia Melayu. Jika ditinjau dari nama organisasi baru itu didapati perkataan ‘club’ lebih bermaksud atau berunsur sosial. Dengan tertubuhnya MSC Jepun berharap orang-orang Melayu tidak lagi bergerak dan berkecimpung dalam bidang politik. Dengan perintah Gabnor Ken Thurumi pemimpin-pemimpin KMMM telah mengadakan satu mesyuarat akhir KMMM bagi membubarkan kesatuan itu dan menubuhkan Marai Seinen Club sebagai gantinya, Mesyuarat itu diadakan pada bulan Mei 1942 dan satu Jawatankuasa telah dilantik bagi mengendalikan MSC
Ahli Jawatankuasa
MARAI SEINEN CLUB 1942/1943
Abdul Hamid Bin Hj Abdul Yang Di Pertua
Mohd Yusuf Harun Naib Yang Di Pertua
Sabar Daud
Md Hassan Abd Wahab Setiausaha Bersama
Hj Abd Rahman Hj Osman Bendahari
Hashim Abd Hamid Jawatankuasa
Ali Bulat Jawatankuasa
Md Yusof Hj Sulong Jawatankuasa
Md Dom Hussin Jawatankuasa
Hj Talib Hj Hashim Jawatankuasa
Kasudin Sabjan Jawatankuasa
Hj Abd Rauf Idris Jawatankuasa
Dalam masa 3 bulan KMMM berkuasa pada zaman pemerintahan Jepun itu, ia telah menarik ramai orang-orang Melayu menyertai PKMM. Walaupun KMMM telah dibubarkan dan digantikan dengan MSC tetapi orang-orang Melayu Melaka yakin MSC dapat terus membela nasib bangsa mereka. Ini menyebabkan bilangan ahli MSC bertambah ramai.
Untuk melicinkan pentadbiran MSC, yang meliputi kawasan seluruh Melaka, pemimpin-pemimpin MSC memutuskan yang setiap kawasan di luar kawasan bandar Melaka diadakan wakilnya. Dengan itu telah diadakan satu jabatan tambahan yang dinamakan Pengetua Jabatan yang terdiri dari
Ahmad Jamal Pengetua Jabatan kawasan Bandar Melaka
Yusuf Hj Munji Pengetua Jabatan kawasan Alor Gajah
Hj Md Amin Hj Yusuf Pengetua Jabatan kawasan Jasin
Hj Mokhti Hj Abd Hamid Pengetua Jabatan kawasan Merlimau
Hj Md Nor Hj Latif Pengetua Jabatan kawasan Nyalas
Putih Hj Tahir Pengetua Jabatan kawasan Masjid Tanah
Apa yang anihnya bagi kesatuan yang besar ini ia bergerak tanpa sebarang pelembagaan. Walaupun
demikian MSC terus memperluaskan aktivitinya dalam berbagai-bagai aspek
perjuangan mereka. Dengan itu MSC telah menubuhkan beberapa biro di
bawah ketua-ketua yang dilantik.. Ketua-ketua itu
pula menubuhkan jawatakuasanya kecilnya masing-masing untuk menjayakan
gerak avtiviti yang diamanahkan kepada mereka. Biro-biro yang di tubuhkan terdiri dari
Mohd Yusuf Harun Biro Dakyah
Ahmad Jamal Biro Kebudayaan
Baba Janudin Biro Pelajaan
Md Nor Muhiddin Biro Kesihatan
Embi Abdullah Biro Perniagaan
Ibrahim Abd Rahman Biro Kampung
Shamsuddin Md Sin Biro Pertanian
Tamby Chik Hj Nordin Biro Permainan
Hj Abd Majid Hj Hussain Biro Perusahaan dan Perkulian
Bagitu rigid sekali MSC menubuhkan strategi mereka. Semua biro-biro yang ditubuhkan itu adalah untuk kepentingan orang-orang Melayu Melaka. Nyata sekali dari bukti-bukti di atas MSC bukan satu pergerakan sosial sahaja tetapi juga satu pergerakan sisio-politik.
Orang-orang
Melayu Melaka , dalam zaman Jepun ini telah benar-benar sedar betapa
pentingnya, pelajaran, kebudayaan, kesihatan, perniagaan dan pertanian dalam kehidupan orang-orang Melayu. Kesedaran inilah yang membuat anggota-anggota MSC bagitu yakin sekali tetantang perjuangan mereka.
Untuk menggalakkan lagi dakyahnya perjuangannya MSC secara tidak langsung, telah menjadikan majallah “SINARAN MATAHARI” sebagai lidah rasminya.
Makam Sultan Ali di Umbai Melaka

Siapa dia Sultan Ali?
Pada
tahun1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjain dengan Sultan Hussin
(Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau
Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima
pampasan sebanyak…
Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pasa tahun 1835 Salah
seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun
ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli
keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun
demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah
keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan.Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar
Sejak kamangkatan bapanya beberapa krisis berlaku antaranya dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat
dari ini satu perjanjian dibuat dimana SultanAli hilang kuasanya
kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai
Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatan satu kawan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulan kepada Temenggung.
Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap
berulang alik dari Istana Kampung Gelam. Singapura ke Melaka melalui
laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk
mengambil air atau membersihkan diri.
Sultan Ali berkahwin dengan gadis Umbai, Melaka
Pada satu hari beliau telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu sungai Solok Minyak atau Kampung Pasal. Beliau berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan
pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air.
Beliau terlihat ada seorang gadis desa yang amat jelita. Beliau bagitu tertarik dengan gadis tersebut.
Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkawin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu beliau selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai.
Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut, Sejak penjanjian 1885 beliau telah berpindah ke Umbai. Beliau mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai.
Sultan Ali membina Istana di Umbai
Beliau akhirnya bercita-cita untuk membina sebuah istana di Umbai. Banyak
bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya beliau meninggal dunia
sebelaun cita-citanya mendirikan sebuah istana terkabul.
Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai.
Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai .
(20 Jun 1877)
SultanAli mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan beliau telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik beliau sebagai “Sultan” menggantikan bapanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian bapanya Sultan Ali di Umbai Melaka.
Mayat
Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut
catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu
berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir le Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau
bagitu keciwa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan
akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar
pun hilang.
Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mengwakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun
demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumikan dikawasan tersebut
tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke
masjid Umbai.
Putera-Putera Sultan Ali dengan Puan Sembok
Berbalik
kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin, beliau
dikurniakan dengan 6 orang anak. 3 lelaki dan orang perempuan. Mereka terdiri dari Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.
Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini.
Dengan
mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan
sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan
waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di
Kapung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa.
Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai.
Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.
Rumah Tradisional Demang Abd Ghani Merlimau
Rumah Tradisional Melaka
Rumah Demang Abdul Ghani – MERLIMAUUsia rumah ini lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang.
Lokasi: Rumah ini terletah di Kampung Merlimau,kira-kira 22 km dari Bandar Melaka mengarah ke Muar. Mereka yang sampai ke Pekan Merlimau akan mengambil masa kira-kira 10minit berjalan kaki ke rumah ini. Terlrtak ditepi jalan raya dan kereta boleh sampai hingg ke tangga.
Pemilik: Rumah ini ialah dibina oleh Demang Abd Ghani. Beliau adalah seorang Demang atau pembesar yang dilantik oleh British bagi mentadbirkan kawasan Merlimau.
Semasa menjadi Demang beliau telah mebina rumah ini dan akhirnya diwasi oleh anahnya Demang Abd Ghani ,Penghulu Mad Natar dan akhirnya anak-anaknya.
Siapa Demang Abd Ghani: Beliau adalah deorang pembesar di kawasan ini. Dilantik oleh Residen Commissioner Melaka untuk menguruskan kawasan pentabirannya.
Beliau telah menjadikan rumah ini sebagai pejabat pentadbiran bagi membantu Pentadbir di daerah Jasin. Merlimau terletak di daerah Jasin. Tugas utama beliau ialah
mengutip cukai khasnya dalam bentuk hasil seperti padi, kelapa dan buah-buahan.
menyelaisakan masalan awam dan jenayah yang ringan (perkelahian di kampung, melarikan anak gadis orang,mencuri, bergaduh, dll)
Menyelaraskan urusan pertanian khasnya bersawah padi, kerja gotong royong dll)
Di rumah inilah kes-kes di ats dibicara dan di selesaikan.
Seni Bina:Rumah ini berasaskan Bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari Tukang-Tukang Melayu dan Tukang Cina.
Tukang Melayu menguruskan sebagaian besar rumah yang berkaitan dengan kayu dan tukang Cina menguruskan bahagian ada kaitan dengan simen menyimin. Khanya berkaitan dengan Tangga pelantar dan dapur.
Dari segi seni binanya kita dapat linya dengan jelas seni bina Melayu, Cina dan Barat.
Rumah utama Sni Bina Melayu dengan gabungan senibina Melayu Melaka dan Gabungan senibina “Limas” iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga. Rumah Besar dan Rumah dapurnya ada dari senibina Melayu Melaka dan anjungnya adalah dari Senibina Johor-Riau-Lingga.
Bahagian utama yang menggunakan kayu TIDAK menggunkan sebatang paku pun.
Struktur: Rumah ini terdiri dari Anjung, serambi, rumah besar , pelanatar, rumah dapur dan dapur masak.
Fungsi: Setiap bahagian ada fungsinya:
Anjung: Digunakan untuk Pentadbiran, Pembicaran,
Penyelesaian masalah.
Rumah Ibu/Besar/Ibu: Ada 3 bahagian:Bilik tidur,
ruang dewan dan loteng.
a. Bilik Tidur adalah tempat tidur Demang atau
digunakan sebagai Bilik Tidur Pengantih apabila
berlaku majlis perkahwinan
Bilik /Ruang Tengah Rumah: Sebagai dewan bagi seuatu majlis keramaian atau perkahwinan. Di sini terdapat sebuah pelamin Kekal untuk pengatin bagi keluarga Demang.
Loteng: Untuk kegunaan anak dara dan bilik menyipan harta/khazanah Demang. Naik melalui tangga khas.
Pelantar: Untuk tujuan menjemur padi, kueh, ikan dll serta digunakan untuk tujuan hidangan dalam-majlis tertentu.
Di kawasan ini terdapat sebuah Perigi Batu dan airnya digunakan untuk tujuan minuman dan kegunaan harian.
Rumah dapur: Untuk kegunaan keluarga khasnya kaum ibu digunakan untuk bersaji, berbincang, berhibur dan pada malanya untuk tidur.
Dapur: Tujun untuk menyedaikan makanan. Jika dilihat dapurnya sangat besar. Ini adalah kerana kerap diadakan majlis makan keran setia pelawat yang hadir perlu makan di sini sebab tidak ada warung atau kedai makan seperti hari ini.
Ukiran: Terdapat bagitu banyak ukiran yang bermotifkan flora dan Fauna. Terdapau unsure-unsur “Itik pulang petang” , bunga tulip dan bunga teratai ,paku-pakis dll yang menambahkan keindahan rumah tersebut. Seluruh anjung,tiang-tiang di bahagian serambi dan anjung,Tiang Seri semuanya berukir dan bermotif tertentu.
Warna: Warna pilihan adalah warna yang menarik yang masih kekal bagitu lama. Warna “tiles” yang menjadi pilihan adalah warna-warna yang memberikan keceriaan dan menambahkan nilai estatika kepada rumah dan penghuninya.
Tangga Batu Kebangaan: Tangga Batu yang berukirdan lengkap dengan hiasan “mam-mar”/Tiles pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik hingga kini. Inilah tangga yang menjdi kebangaan orang-orang Melaka. Tangga yang menggembang dari bawah ke atas seolah-olah mengucapkan “Selamat Datang” kepada seseiapa sahaja. Tangga yang terbuka seolah-olah tersenyum mengucap salam kepada semua.
Kolah air Untuk Wuduk dan Basuk Kaki: Di gadapan tangga terdapat 2 buah kolah air yang digunkanuntukberwuduk dan juga untuk mencuci kaki sebuelum naik ke rumah. Maklumlah orang dahulu berkaki ayam sahaja ke mana-mana.
Kerusi Dianjung Untuk pegawai Inggeris: Di anjung terdapat banyak bangku panjang berbentuk kerusi di sekelilihnya. Ini bagi membolehkan pegawai-pegawai Inggeris yang memakai seluar/uniform dan tidak biasa duduk bersila boleh berehat dan berbincang.
Seni Budaya yang unik: Rumah Merlimau, Milik Demang Abdul Ghani ini bagitu unik . Ia telah meninggalkan satu warisan yang tidak ada nilainya. Oleh itu setiap warganegara Nalaysia hari ini harus melihat dan menikmati satu peninggalan sejarah yang amat berharga ini.
Catatan Ringkas oleh
HJ BAHARAM AZIT
MERLIMAU MELAKA.
(Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya. Kajian mengenai Rumah ini telah memenangi Hadiah Pertama dalam ertandingan essei Sejarah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia)
Makam Tun Teja di Merlimau, Melaka
Makam Tun Teja
Siapa dia TunTeja:
Nama
penuhnya ialah Tun Teja Ratna Benggala , anak Bendahara Pahang dalam
akhir abad ke 15. Beliau adalah seorang gadis yang bersopan santun.
Murni tingkah lakunya, berbudi bahasa orangnya dan sangat jelita
wajahnya. Perwaatakan kewanitaannya amat menarik hati yang di Pertuan Negeri Pahang. Beliau akhirnya dipinang oleh Yang Di Pertuan.
Pandangan seorang pelukis wajah jelita Tun Teja
Kejelitaan dan pekerti mulia Tun Teja sampai kepengetahun Sultan Mahmud Melaka. Sultan
Mahmud ingin memperisterikan Tun Teja. Mengikut Sejarah Melayu Tun Teja
telah berjaya dibawa keMelaka oleh Hang Nadim. Manakala Hikayat Hang
Tuan, Hang Tuah yang mebawa TunTeja ke Melaka. Tidak kira siapa yang
kembawanya akhirnya Tun Teja telah berjaya dibawa ke Melaka. Akhinya Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Melaka dan tinggal bersama-samanya di Istana Melaka.
Tun Teja Berpindah ke Istana Kayu Ara
Pada
tahun 1511 Portugis menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah
hebat, pembesar-pembesar telah menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke
Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.
Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu
itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak
menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).
Tun Teja Gering
Pada waktu iru Tun Teja sangat gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam sultan Mahmud dan pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua
Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat
diraja, pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar
mereka dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas,
serkam, Umbai dan ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu kawasan tidak jauh dari pantai.
Kemangkatan Tun Teja.
Mengikut sumber sejarah
“Setelah beberpa hari berjalan menuju ke Muar, pada
pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu
dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu berhenti di
situ. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Kata
baginda kepada Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga-
jagalah kita di sini sehari dua, beta rasa dinda beta Tun
Teja harus telah sampai saatnya.”
Kawasan
yang di maksudkan itu ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang
sekarang. Di kawasan inilah angkatan Sultan Mahmud singgah sebelum
meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini
terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah
sampai ke tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100
meter dari Pengkalan Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTEJA.
Tun Teja direhatkan di atas sebuah hamparan khas. Sumber sejarah melaporkan”
“Setelah
Tun Teja dipindahkan di atas hamparan dengan dikelilingi oleh
isteri-isteri baginda yang lain, Sultan Mahmud duduk hampir dengan Tun
Teja.tiba-tiba Tun Teja yang telah beberapa hari tidak berkata-kata
memandang baginda dan dan dengan suara perlahan-lahan cuba hendak
menyamaikan permintaan kepada baginda tetapi sia-sia kerana suaranya
tidak kedengaran lagi……….. kemudian gerak bibirnya berhenti. Masa itu
Sultan Mahmud pun tahulah isterinya telah meninggal dunia ..”
Sultan Mahmud merahap isteri kesayangannya sambil menangis terisak-isak. Berita kemangkatan Tun Teja diterima oleh seluruh angkatan Sultan dengan penuh kedukacitaan.
Setelah
itu Sultan Mahmud berbincang dengan Seri Nara Diraja, Sang Sura dan
ahli kelurganya bagaimana hendak membawa jenazah Tun Teja ke Muar,
sedangkan perjalanan sangat jauh dan makan masa beberapa hari.
Tun Teja Di Makamkan di MERLIMAU.
Setelah
berbincang mereka bersetuju yang Tuan Teja hendaklah dimakamkan
ditempat itu juga (Pengkalan Samak, Merlimau) dengan alasan Muar masih
jauh, perjalanan makan masa 4 atau 5 hari, tidak ada kemudahan
menyelamatkan jenazah yang mungkin menjadi terlalu uzur dan tidak menyiksa mayat. Semua bersetuju dimakamkan di kawasan itu.
Kawasan
yang dipilih oleh Sultan Mahmud terletak di sebuah kawasan yang tinggi
sedikit di sekitar kawan itu. ( Kawasan ini sebenarnya kawasan tanah
tinggi tetapi apabila diigunakan oleh penduduk tempatan sebagai aktiviti
pertanian kawasan ini telah runtuh akibat dari dijadikan tempat rehat,
Menambat kerbau, menjemur padi, menangin padi, membaja padi, membut
pondok, menyimpan benih dan sebagainya)
Jenazah Tun Teja selamat dikebumikan dalam keadaan yang serba sederhana. Sultan
Mahmud dan angkatannya tinggal di Merlimau selama tiga hari selepas
kemangkatan Tun Teja. Pada pagi hari yang keempat Sultan Mahmud
mengziarahi makam Tun Teja dan selepas berdoa baginda dan angkatannya
berangkat ke Muar.
Bersemadilah Jenazah Tun Teja di Solok Menteja, Pengklalan Samak, Merlimau Melaka.
Makam Tun Teja yang telah dipulihara oleh pihak muzium
Moga-moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.
Kesatuan Melayu Muda Melaka dengan Jepun
Pada tahun 1942 Jeneral Ken Thurumi, Gabnor Jepun di Melaka, telah membenarkan Kesatuan Melayu Muda Melaka menggunakan Bangunan “Malacca Club” ini sebagai ibu pejabatnya
Kesatuan Melayu Muda Melaka di Zaman Jepun
Setelah Jepun menguasai Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin
Kesatuan Melayu Muda Melaka telah mulai menghidupkan kembali kesatuan
yang diharamkan oleh Kerajaan British itu. Mereka telah dipanggil oleh Jeneral Thurumi, Gabnor Jepun bagi negeri Melaka, bagi membincangkan kedudukan KMMM itu. Pihak
Jepun bukan sahaja telah membenarkan KMMM bergerak bebas malah telah
menyediakan segala kemudahan yang ada untuk KMMM menjalankan
aktivitinya. Ini adalah kerana KMMM banyak membantu Jepun memasuki Tanah Melayu dan Singapura.
Pihak Jepun telah membenarkan KMMM menggunakan bangunana ‘MALACCA CLUB’
Sebagai ibupejabat kesatuan itu. Bangunana yang indah tesergam gagah di patai Banda Hilir itu amat besar faedah dan ertinya kepada KMMM.
Dari Malacca Club itulah aktiviti-aktiviti KMMM digerak dan dipergiatkan lagi. Pemimpin-pemimpin
KMMM banyak memberi kerjasama kepada Jepun dan berganding bahu hingga
KMMM dapat sambutan yang luar biasa dari orang-orang Melayu Melaka. Jika
dahulu orang-orang Melayu, khasnya golongan-golongan tua bagitu benci
dan jijik pada KMMM tetapi pada waktu itu mereka menganggap KMMM sebagai
satu pertubuhan yang perlu dianggotai. Dengan menjadi ahli KMMM mereka seolah-olah mendapat ‘passport’ tertentu dari pembesar-pembesar Jepun. Dengan
menggunakan ‘passport’ itu mereka dapat mengelakkan diri dan keluarga
mereka dari kekejaman Kempetei Jepun yang terkenal dengan keganasan
mereka itu.
Pegawai-pegawai KMMM telah dapat bergaul bebas dengan pembesar-pembesar Jepun. Ahli-ahli KMMM dianggap sahabat oleh Jepun. Dengan
itu didapati permohonan menjadi ahli KMMM telah datang mencurah-curah
hinggakan pada satu ketika KMMM telah kehabisan buku resit. Oleh keranan
terlalu ramai orang-orang Melayu Melaka melibatkan diri dengan KMMM itu
maka terpaksa diadakan cawangan-cawanganya di Merlimau, Jasin, Alor
Gajah dan Masjid Tanah.
Apabila KMMM bertambah popular berlaku pergelutan merebut kuasa antara golongan-golongan baru dengan pemimpin-pemimpin lama. Ada juga cawangan-cawangan yang tidak menjalankan aktiviti mereka mengikut prosedur yang ditetapkan. Berlaku peristiwa tuduh menuduh dan buruk memburukkan pemimpin. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin veteran menarik diri dari kesatuan itu. Sebab itulah KMMM telah disusun semula dengan pegawai-pegawai baru mengetuai kesatuan itu. Mereka terdiri dari
Abd Hamid Hj Abdul Yang Di Pertua
Sabar Daud Setiausaha
Haji Yusof Hj Sulong Bendahari
Md Yusof Harun Jawatankuasa
Md Amin Abd Hamid Jawatankuasa
Jaamat Omar Jawtankuasa
Tawi Abd Hamid Jawatankuasa
Malangnya
pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama
sebab pemeritah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan
Kesatuan Melayu Muda Melaka. KMMM dikatankan ada membuat perhubugan
dengan Malayan Anti Japanese Army (MPAJA) yang dipengaruhi oleh Parti
Komunis Malaya.
Namun demikian dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan orang-orang Melayu. Dari segi spiritualnya di dapati orang-orang Melayu Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau
Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan elit Melayu
lama, KMMM pula telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang
Melayu Melaka. yang mempunyai kesedaran kebangsaan dari setiap pelusuk Negeri Melaka.
Dalam pemerintahan Jepun KMMM hanya dapat berkhidmat selama 3 bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka, Ini boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah dijadikan asas orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan politik mereka selepas Perang Dunia II . Ini
juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang
Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangankan melalui sesuatu
organisasi melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melahirkan perasaan dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.
Zaman Jepun ini sama ada disedari atau tidak, sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kepada orang-orang Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang
Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai
latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian
perpaduan. Jepun telah memberikan sumbangan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.
3.4 KMMM diharamkan oleh Pemerintah Jepun
Malangnya
pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama
sebab pemerintah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan Kesatuan Melayu Muda Melaka kerana didapati ada membuat perhubungan dengan Malaya People Anti Japanese Army yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya..
Walaupun
dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan
orang-orang Melayu tetapi segi spiritualnya didapati orang-orang Melayu
Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan lama, KMMM pula
telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang Melayu Melaka yang
mempunyai kesedaran kebangsaan, dari setiap pelusuk negeri Melaka.
Dalam zaman pemerintahan Jepun, KMMM hanya dapat berkhidmat selama tiga bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka. Ini
boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah
dijadikan asas oleh orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan
politik mereka selepas Perang Dunia II. Ini juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangkan melalui sesuatu organisasi, melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melaung-melaung dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.
Ini menunjukkan zaman Jepun ini, sama ada disedari atau tidak , sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang
Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai
latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian
perpaduan. Jepun telah memberikan sumbagan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




