"Nisan Tun Teja penah dicacakkan di Makam Tok Kaya
setelah
sepasang Nisan Tok Kaya yang dikatakan disalut emasdicuri orang."
sepasang Nisan Tok Kaya yang dikatakan disalut emasdicuri orang."
Tok Kaya
Tok Kaya adalah salah seorang Pembesar dari keturunan Bugis. Beliau berhijrah ke Merlimau dan dikatakan membuka Merlimau setelah berundur dari Johor. Pada waktu itu di Merlimau telah terdapat penduduk yang terdiri dari kumpulan pedagang dari Palembang. Mereka ini mendiami di bahagian kuala Sungai Merlimau, khasnya di Pengkalan Samak.
Tok Kaya dan orang-orangnya mendarat jauh ke pendalaman hingga ke kawasan masjid sekarang. Tok Kaya memancang perahunya dengan sebatang kayu “JOHAU” namanya, yang dibawa dari Johor. Kayu itu telah tumbuh dan membesar hingga ke abad ini (kini telah mati)
Ada sekumpulan pengikut-pengikut Tok Kaya mendarat menggunkan kuala Sungai Renggi dan tinggal di mawasan “Tengah Padang” dan Ayer Tawar. Tok Kaya telah membuka belah Merlimau di bahagian ‘darat’ dan ‘timur’. Sebab itu di Merlimau ini terdapt dua puak utama iaitu Palembang dan Bugis. Di sekitar Jalan Permatang Serai dan Pantai dan Pengkalan Samak asalnya terdiri dari golongan peniaga dari Palembang dan di bahagian hulu sungai dan sekitar tengah padang dari golongan Bugis.
Tok Kaya adalah Gelarannya. Namanya ialah Tok Kaya Makmun dan Bapanya ialah Nil. Nama Penuhnya ialah
TOK KAYA MAKMUN BIN NIL.
Beliau telah meninggal dunia dan dimakamkan di belakang Masjid Jamek ar-rahim Merlimau. Kini Makam ini telah terhakis dan telah jatuh ke dalam sungai.
Kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk roh Allahyarham Tok Kaya.
No comments:
Post a Comment