Pages

Thursday, 4 October 2012

Di Mana Makam PARAMESWARA

Makam PARAMESWARA ?

Di tapak Rumah Api inilah dikatakan makam Parameswara
Pemerintah Melaka yang pertama ialah Parameswara. Beliau memerintah Melaka mula dari akhir abad ke 14 hingga 1414 atau 1424. Semasa pemerintahan beliau Melaka telah bangun dari sebuah desa nelayan kepada sebuah entrepot yang terkenal. Beliau dikatakan meninggal dunia dalam usia yang tua iaitu ketika berusia dalam lingkungan 84 tahun.
Soalnya dimana letaknya makam Parameswara. Tidak terdapat dalam catatan Sejarah Melayu atau dari laporan YING YAI SHENG LAN – By Ma-Huan: 1451
HSING-CH’A SHENG-LAN By FEI HSIN - 1436. Tetapi dalam laporan dan catatan Portugis iaitu, Godinho de Eredia 1613 ada menyatakan.
“ …………….: Raja Melaka itu (Parameswara) mangkat dan ditanamkan di kemuncak sebuah bukit di Tanjung Tuan (Cape Rachado) itulah sebabnya dinamakan Tanjung Tuan. ………………………..”
Peta Tanjung Tuan atau Cape Rechado (Broken Cape)
Jika itu benar mengapa Parameswara di makamkan di Tanjung Tuan atau Cape Rechado dan tidak ditempat lain di Melaka.
Ini kemungkinan benar sebab
  1. Belum ada makam diraja di Melaka pada waktu itu.
Pada waktu itu belum lagi ada Makam Diraja di Melaka. Beliau adalah raja Melaka yang pertama dan tidak ada raja sebelumnya. Sebab itu tidak ada makam diraja untuk mengkebumikan Parameswata.
  1. Puncak Bukit sebagai Tempat Pemakaman
Mengikut konsep kosmos kehinduan seorang raja semestinya ditanamkan di puncak bukit. Konsep kehinduan ini tidak menyalahi akiqah Islam. Makam orang Islam boleh terletak dimana-mana termasuk di atas bukit Di Melaka terdapat beberapa bukit termasuk bukit Cina, Bukit Bendera (Bukit St Paul) Bukit Pipit (Bukit Senjuang/Bkt St.John dan Bukit Tanjung Tuan. Soalnya mengapa pembesar Melaka memilih Bukit di Tanjung Tuan untuk dikebumikan jenazah Parameswara. Tajung Tuan hingga kini adalah jajahan dan sebahagian dari Negeri Melaka. Tanjung Tuan telah menjadi jajahan Melaka sejah 600 tahun dahulu hingga kini.
  1. Puncak Bukit Tanjung Tuan adalah yang tertinggi sekali di antara bukit-bukit yang ada di sepanjang pantai jajahan Melaka.
  1. Ia terletak di kawasan tersempit sekali di Selat Melaka. Jaraknya dari pantai Sumatera dengan Pantai Semenanjung Tanah Melayu ialah lebih kurang 40 km.
  1. Tanahnya menanjung ke laut seolah-olah seperti Pintu Gerbang masuk ke kawasan Pelabuhan Melaka. Sampai ke Tanjung Tuan bermakna sudah sampai ke Pelabuhan Melaka.
  1. Tebingnya mencuram ke laut dan dapat memberikan pandangan yang luas hingga saujana mata memandang.
Jika sekiranya benar dimana sebenarnya Makam Parameswara
Apabila Parameswara meninggal, pembesar-pembesar Melaka telah bermuafakan agar Parameswara dimakamkan di puncak bukit itu. Satu upacara pengkebumian diraja diadakan di situ. Berkemungkinan besar janazahnya dibawa dari istana Melaka ke Tanjung Tuan melalui laut dan mendarat di pantai yang berpasir indah di bawah bukit itu. Jenazahnya kemudian ditandu ke atas puncak Bukit itu untuk dibumikan.

Peta Negeri Sembilan menunjukkan kedudukan Tanjung Tuan.
Makamnya sememang terletak dipuncak bukit Tanjung Tuan. Kini makam ini tidak kelihatan lagi. Di mana letaknya makam itu? Makam itu asalnya terletak di puncak bukit Tanjung Tuan. Malangnya seratus tahun selepasa itu, iaitu pada tahun 1528 atau 1529 , dalam zaman pemerintah Portugis makam itu dirobohkan untuk didirikan sebuah rumah api di puncak Bukit itu. Bagi orang-orang Portugis rumah api di puncak bukit itu lebih penting dari makam yang indah yang dibina di puncak bukit itu . Di Melaka banyak makam-makam diraja dan masjid dirobohkan dan batunya diambil untuk membina Kota A Famosa. Dengan itu Makam Parameswara akhirnya menjadi mangsa pembangunan Portugis. Bagi orang-orang Portugis rumah api di Tanjung Tuan amat penting kepada kapal-kapal dan laluan laut di Selat Melaka. Rumah api itu menjadi panduan penting kepada pelaut dan pedagang waktu itu yang melalui kawasan tersempit di Selat Melaka.

Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Zaman
Pemerintahan Belanda (1641-1824).
Sebuah kapal dagang Belanda melalui Selat Melaka
menjadikan Rumah Api Tanjung Tuan sebagai panduan
Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan secara rasminya pentadbiran rumah api Tanjung Tuah terserah kepada V.O.C. Pihak pentadbir Belanda di Belanda terus mengurusakannya hingga pada tahun 1718, rumah api Tanjung Tuan itu dibaikpulih setelah pembinaanya oleh pemerintah Portugis pada tahun 1528/1529. Kerja-kerja ini terus melenyapkan lagi makam Parameswara yang berusia 100 tahun itu.

Tanjung Tuan dan Makan Parameswara Zaman Pemerintahan British
(1824-1957)
Rumah Api Tanjung Tuan
Kerajaan Belanda menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada kerajaan British pada tahun 1824. Pihak British masih menganggap Rumah Api di Tanjung Tuan atau Cape Rechado itu amat penting kepada aktiviti maritim yang melalui Selat Melaka. Pada tahun 1863 pihak telah membangunkan rumah api baru bagi menggantikan yang dibauikpulih olrh Belanda, seperti yang ada sekarang . Rumah Apia pi itu lebih moden dan lebih canggih. Ini bermakna ia menggunakan puncak Tanjung Puteri itu hampir keseluruhannya dan terus melenyapkan tapak kubur pengkebumian Parameswara. Kina Makam Parameswara lenyap dan mungkin ada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rechado atau dalam bahasa Portugis bermakna “Broken Cape”.
Tanjung Tuan dan Makam Parameswara Kini.
Paraweswara dimakamkan di Puncak Bukit Tanjung Tuan dalam abad ke 15. Pada tahun 1528/1529 sebuah Rumah Api dibina oleh Pentadbir Portugis Pada tahun 1817 pihak Belanda membaikpulih dan pada tahun 1863 Rumah api sperti yang ada sekarang dibina oleh pihak British. Pada tahun 1990 sebuah lagi menara dibina magi menempatkan radar MEASAT dan terus melenyapkan makam Parameswara yang ada di situ.
Tanjung Tuan dan tebing yang sangat curam menghadapi laut.


Kini lenyaplah makam Parameswara

yang berada di bawah tapak Rumah Api Tanjung Tuan.



Wallahualam

al-Fatiha.

No comments:

Post a Comment