SENI BAHASA – PUISI
Elok
dilihat pula perkembangan puisi-puisi Melayu di Empire Melaka ini.
Puisi merupakan satu hasil sastera yang banyak memberi hiburan dalam
budaya sesuatu bangsa. Di antara puisi-puisi yang terdapt dalam budaya Melayu ialah
- pantun
- syair
- gurindam
- seloka
- teka teki
- perbilangan adapt
- nazam dll.
Di antara puisi-puisi ini pantunlah yang mempunyai nilai yang tertinggi dalam budaya orang-orang Melayu. Pantun ini telah wujud sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari pantun tadi lahirnya Joget Lambak, Dondang Sayang dan Pesta Mandi Safar yang jadi hiburan utama orang-orang Melayu Melaka pada waktu itu. Dari mana lahirnya pantun ? Kajian menunjukkan pantun ini adalah mutlak hak Melaka yang bermula kira hamper 600 tahun dahulu. Tidak
mungkin lahir dari Jawa, Riau, Kalimantan, Campa, Funan, India atau
mana-mana kepulauan Melayu kerana tidak ada butkti yang pantun lahir di
daerah-daerah tersebut.
Dondang Sayang, Joget Lambak dan Pesta Mandi Safar yang menjadi sumber hiburan orng-orang Melaka zaman berzaman adalah berpunca dari Melaka. Oleh itu Melakalah yang berperanan dan mencipta dan menyibarkan pantun, genre puisi Melayu ke alam Melayu ini.
Kereta Lembu dihias sebelum Pesta Mandi Safar
Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis, tidak semua orang-orang Melayu dan lain-lain bangsa yang lari meninggalkan Melaka. Ada golongan termasuk golongan bangsawan yang terus tinggal di Melaka dan duduk di bawah pemerintahan kerajaan Portugis. Mengenai perkembangan puisi di Melaka Tome Pires mencatatkan dalam laporannya;
“………………kaum bangsawan Melayu tinggal di rumah-rumah yang besar dan indah di pinggir kota dan waktu malamnya mereka mengadakan majlis atau pesta, bernyanyi, berteka-teki dan bermain gamelan ……”
Laporan
ini menunjukkan ada aktivit berpuisi, bersastera, khasnya berpantun dan
berteka-teki, walaupun zaman itu zaman pemerintahan Portugis. Ini
bermakna mereka meneruskan tradisi hiburan yang diwarisi dari kerajaan
Melayu Melaka. Di samping itu juga terdapat seni muzik seperti yang
dikatankan mereka bermain ‘Gamelan’. Bernyanyi yang dimaksudkan ini berkemungkinan besar ialah ‘Dondang Sayang’ yang memerlukan pantun untuk mendendangkannya. Jadi
pantun adalah merupakan sumber ilham yang penting dalam seni hiburan
orang-orang Melayu Melaka sejak dari zaman kesultan Melayu Melaka.
Pesta Mandi Safar pun dikatakan bermula di Melaka. Tidak
ada bukti menunjukkan Pesta Mandi Safar bermula di mana-mana negeri
lain di Semenanjung Tanah Melayu ini atau di daerah-daerah kepulauan
Melayu yang lain. Apabila ada Mandi Safar sudah pasti ada Joget Lambak, Dondang Sayang dan Ronggeng. Semunya ini memerlukan Pantun dan tarian. Tariannya bagitu simple. Tidak perlu bergerakan dengan langkah-langkah tarian yang kompleks. Dapat disimpulkan PANTUN merupakan puisi yang sangat penting bagi orang-orang Melayu.
Salah satu hasil sastera yang berbentuk puisi ialah yang ditulis pada zaman Pemerintahan Belanda iaitu puisi menceritakan Peperangan Raja Haji dengan Belanda. Raja Haji akhirnya terkorban di Telok Ketapang, Melaka pada tahun 1784. Puisi ini merupakan pantun berkait yang agak panjang. Ianya dikarang oleh seorang Melayu yangberkawan rapat dengan pegawai Belanda.
(Pantun ini telah dikaji dan diedit oleh W.E.Maxwell (JBRAS 32 – 1980)
Di anatara alat-alat penting dalam Pesta Mandi Safar atau Dondang Sayang
Hasil
sastera berbentuk puisi yang dikarang pada zaman Belanda ini
menunjukkan bahawa kegiatan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi
wujud pada zaman pemerintahan penjajah walaupun dalam kadar yang terhad.
Di samping itu terdapat juga syair-syair dan nazam. Kedua-dua puisi wujud akibat dari pertembungan budaya dengan orang-orang Arab. Di
antara kedua-duanya ini Syair lebih popular dari Nazam. Syair dikaitkan
dengan serba aspek budaya Melayu tetapi nazam dikaaitkan dengan agama
Islam. Kelas-kelas agama biasanya dimulakan dngan nazam. Salah sebuah nazam yang popular di Melaka ialah Nazam Karangan Hj Ahmad, Semabok Bekas Mufti Melaka. Dalam bait-bait awal berbunyai
Pulau Besar – Lokasi Mandi Safar pada hari Rabu ke tiga dalam BUlan Safar
ad rujukan tntg nazam x ? saya perlukn utk buat assgment sejarah.. harap dpt membantu ,,
ReplyDelete