Missi Merdeka Post2
Mengapa Tarikh Kemerdekaan diisytihar di MELAKA ?
Dalam
satu Mesyuarat Tergempar pada hari Jumaat 13.1.1956 , UMNO Bahagian
Kuala Kangsar, Perak telah membuat satu keputusan sebulat suara mengenai
kepulangan Tunku dan Missi Merdekanya . Ketetapan yang diambil dalam mesyuarat tergemparnya berbunyi:
“Bahawa
mesyuarat ini mengambil ketetapan iaitu mendesak Ibu Pejabat UMNO
Malaya menghantar kawat ke London meminta supaya Rombongan Merdeka yang
diketuai oleh YAB Tunku Abd Rahman Putera itu waktu sekembalinya dari London ke Tanah Melayu membawa tarikh kemerdekaan hendaklah mendarat di MELAKA”
Mesyuarat itu diadakan oleh UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak kira-kira dua minggu setelah Missi Merdeka bertolak ke London. Mereka telah membincangkan dengan bagitu serious. Diantara sebab-sebab mengapa mereka memilih Melaka sebagai
tempat pendaratan Missi Merdeka itu kerana imej kepimpinan UMNO Melaka amat tinggi dan mempunyai potensi yang baik dalam lapangan politik. Ini
dapat dibuktikan dengan kejayaan UMNO Melaka dalam mengendalaikan
Persidangan Agung UMNO Malaya, Persidangan Pemuda UMNO Malaya,
Persidangan Agung Wanita UMNO Malaya, , Persidangan Agung Tergempar UMNO
Malaya, Demonstrasi
Menentang Penyata Pilihanraya dan banyak lagi yang boleh dijadikan
alasan mengapa Melaka boleh mengelolakan kepulangan Misi Merdeka dengan sempurna dan teratur. Ini adalah dari segi fizikalnya.
Dari segi moralnya kerana UMNO Bahagian Kuala Kangsar menerangkan mengapa Missi Merdeka mesti mendarat di Melaka ialah:
“ a. Mengjngati Sejarah Kerajaan Empayar Melayu Melaka.
b. Perkataan “Takkan hilang Melayu di dunia” diterbitkan
di Melaka oleh Laksama Hang Tuah, seorang hulubalang
Melayu yang gagah perkasa berjuang kerana bangsa dan nusa.
di Melaka oleh Laksama Hang Tuah, seorang hulubalang
Melayu yang gagah perkasa berjuang kerana bangsa dan nusa.
c. Di Melakalah mula-mula penjajah barat bertapak di tanahir
Pada 11.7.1511
d. “Di atas Robohnya Kota Melaka, Kita Bangunkan Jiwa Merdeka”
kata pemimpin Melayu Dr.Burhanuddin al Helmy pada tahun 1946.
e. UMNO mendesak Pilihanraya 100% yang menyebabkan Yang Amat
Mulia, Tunku Abd Rahman Putra diutuskan ke London pun adalah
Mulia, Tunku Abd Rahman Putra diutuskan ke London pun adalah
keputusan Mesyuarat Agung UMNO Tergempar di Melaka.
Dengan ketinggian moral itulah UMNO Bahagian Kuala, Perak memutuskan
“Dengan sebab-sebab itu membawa Tarikh Kemerdekaan biarlah di Melaka.”
Keputusan Mesyuarat Tergempar UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu telah dihantar ke Ibu Pejabat UMNO dan dipanjangkan ke Melaka. UMNO Melaka yang bagitu aktif dan berada dalam klimaks itu menerima cadangan itu dengan penuh hormat.
No comments:
Post a Comment