Rumah Demang Abdul Ghani – MERLIMAU
Usia rumah ini lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang.
Lokasi:
Rumah ini terletah di Kampung Merlimau,kira-kira 22 km dari Bandar
Melaka mengarah ke Muar. Mereka yang sampai ke Pekan Merlimau akan
mengambil masa kira-kira 10minit berjalan kaki ke rumah ini. Terlrtak
ditepi jalan raya dan kereta boleh sampai hingg ke tangga.
Pemilik:
Rumah ini ialah dibina oleh Demang Abd Ghani. Beliau adalah seorang
Demang atau pembesar yang dilantik oleh British bagi mentadbirkan
kawasan Merlimau.
Semasa menjadi Demang beliau telah mebina rumah ini
dan akhirnya diwasi oleh anahnya Demang Abd Ghani ,Penghulu Mad Natar
dan akhirnya anak-anaknya.
Siapa Demang Abd Ghani: Beliau adalah
deorang pembesar di kawasan ini. Dilantik oleh Residen Commissioner
Melaka untuk menguruskan kawasan pentabirannya.
Beliau telah
menjadikan rumah ini sebagai pejabat pentadbiran bagi membantu Pentadbir
di daerah Jasin. Merlimau terletak di daerah Jasin. Tugas utama beliau
ialah
mengutip cukai khasnya dalam bentuk hasil seperti padi, kelapa dan buah-buahan.
menyelaisakan masalan awam dan jenayah yang ringan (perkelahian di kampung, melarikan anak gadis orang,mencuri, bergaduh, dll)
Menyelaraskan urusan pertanian khasnya bersawah padi, kerja gotong royong dll)
Di rumah inilah kes-kes di ats dibicara dan di selesaikan.
Seni
Bina:Rumah ini berasaskan Bentuk rumah Melayu, Rumah limas
Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan
kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari Tukang-Tukang Melayu dan
Tukang Cina.
Tukang Melayu menguruskan sebagaian besar rumah yang
berkaitan dengan kayu dan tukang Cina menguruskan bahagian ada kaitan
dengan simen menyimin. Khanya berkaitan dengan Tangga pelantar dan
dapur.
Dari segi seni binanya kita dapat linya dengan jelas seni bina Melayu, Cina dan Barat.
Rumah
utama Sni Bina Melayu dengan gabungan senibina Melayu Melaka dan
Gabungan senibina “Limas” iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga. Rumah Besar
dan Rumah dapurnya ada dari senibina Melayu Melaka dan anjungnya adalah
dari Senibina Johor-Riau-Lingga.
Bahagian utama yang menggunakan kayu TIDAK menggunkan sebatang paku pun.
Struktur: Rumah ini terdiri dari Anjung, serambi, rumah besar , pelanatar, rumah dapur dan dapur masak.
Fungsi: Setiap bahagian ada fungsinya:
Anjung: Digunakan untuk Pentadbiran, Pembicaran,
Penyelesaian masalah.
Rumah Ibu/Besar/Ibu: Ada 3 bahagian:Bilik tidur,
ruang dewan dan loteng.
a. Bilik Tidur adalah tempat tidur Demang atau
digunakan sebagai Bilik Tidur Pengantih apabila
berlaku majlis perkahwinan
Bilik
/Ruang Tengah Rumah: Sebagai dewan bagi seuatu majlis keramaian atau
perkahwinan. Di sini terdapat sebuah pelamin Kekal untuk pengatin bagi
keluarga Demang.
Loteng: Untuk kegunaan anak dara dan bilik menyipan harta/khazanah Demang. Naik melalui tangga khas.
Pelantar: Untuk tujuan menjemur padi, kueh, ikan dll serta digunakan untuk tujuan hidangan dalam-majlis tertentu.
Di kawasan ini terdapat sebuah Perigi Batu dan airnya digunakan untuk tujuan minuman dan kegunaan harian.
Rumah
dapur: Untuk kegunaan keluarga khasnya kaum ibu digunakan untuk
bersaji, berbincang, berhibur dan pada malanya untuk tidur.
Dapur:
Tujun untuk menyedaikan makanan. Jika dilihat dapurnya sangat besar.
Ini adalah kerana kerap diadakan majlis makan keran setia pelawat yang
hadir perlu makan di sini sebab tidak ada warung atau kedai makan
seperti hari ini.
Ukiran: Terdapat bagitu banyak ukiran yang
bermotifkan flora dan Fauna. Terdapau unsure-unsur “Itik pulang petang” ,
bunga tulip dan bunga teratai ,paku-pakis dll yang menambahkan
keindahan rumah tersebut. Seluruh anjung,tiang-tiang di bahagian serambi
dan anjung,Tiang Seri semuanya berukir dan bermotif tertentu.
Warna:
Warna pilihan adalah warna yang menarik yang masih kekal bagitu lama.
Warna “tiles” yang menjadi pilihan adalah warna-warna yang memberikan
keceriaan dan menambahkan nilai estatika kepada rumah dan penghuninya.
Tangga
Batu Kebangaan: Tangga Batu yang berukirdan lengkap dengan hiasan
“mam-mar”/Tiles pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik
hingga kini. Inilah tangga yang menjdi kebangaan orang-orang Melaka.
Tangga yang menggembang dari bawah ke atas seolah-olah mengucapkan
“Selamat Datang” kepada seseiapa sahaja. Tangga yang terbuka seolah-olah
tersenyum mengucap salam kepada semua.
Kolah air Untuk Wuduk dan
Basuk Kaki: Di gadapan tangga terdapat 2 buah kolah air yang
digunkanuntukberwuduk dan juga untuk mencuci kaki sebuelum naik ke
rumah. Maklumlah orang dahulu berkaki ayam sahaja ke mana-mana.
Kerusi
Dianjung Untuk pegawai Inggeris: Di anjung terdapat banyak bangku
panjang berbentuk kerusi di sekelilihnya. Ini bagi membolehkan
pegawai-pegawai Inggeris yang memakai seluar/uniform dan tidak biasa
duduk bersila boleh berehat dan berbincang.
Seni Budaya yang
unik: Rumah Merlimau, Milik Demang Abdul Ghani ini bagitu unik . Ia
telah meninggalkan satu warisan yang tidak ada nilainya. Oleh itu setiap
warganegara Nalaysia hari ini harus melihat dan menikmati satu
peninggalan sejarah yang amat berharga ini.
Catatan Ringkas oleh
HJ BAHARAM AZIT
MERLIMAU MELAKA.
(Untuk
keterangan lanjut sila hubungi saya. Kajian mengenai Rumah ini telah
memenangi Hadiah Pertama dalam ertandingan essei Sejarah anjuran
Persatuan Sejarah Malaysia)
No comments:
Post a Comment