Kesatuan Melayu Melaka – Post Ketiga)
Diskriminasi sosial wujud di Melaka adalah sangat hebat. Orang-orang Melayu sentiasa dipandang rendah oleh bangsa-bangsa asing. Masyarakat Bandar khasnya menganggap orang-orang Melayu sebagai golongan yang paling ‘inferior’ . Dalam satu majlis yang dihadiri oleh bebagai-bagai kaum orang Melayulah yang dianggap taraf yang paling rendah dan duduk mereka yang paling jauh atau paling belakang. Orang-orang Islam dan berketurunan Arab dan India juga menganggap orang Melayu sebagai ‘low class’ atau ‘third class society’ . Dalam majlis jamuan mithalnya, orang-orang Melayu biasanya ditempatkan di hujung-hujung balai atau jika tidak mencukupi tempat orang Melayulah yang terpaksa berdiri.
Sifar beza membeza di kalangan orang-orang Islam sendiri telah mendatangkan kemarahan orang-orang Melayu. Dalam tahun-tahun 1930an soal darah keturunan Keling (DKK) dan darah keturunan Arab (DKA) amat hangat sekali dibincangkan. Faktor
ini juga menjadikan orang-orang Melayu jati di Singapura menubuhkan
KMS. Akhbar-akhbar dan majallah-majallah yang dipimpin oleh orang-orang
Melayu banyak sekali melancarkan ‘perang’ Anti-DKK dan Anti-DKA. Tekanan
sosial terhadap kaum Melayu bagitu hebat. Jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai elit-elit Melayu bangun untuk menyelamatkan bangsa mereka.
Majority daripada pemimpin-pemimpin yang dilantik terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan . Mereka adalah golongan yang sentiasa terikat dengan “General Order” . Sudah pasti segala gerak geri dan tindakan mereka berpandukan pada lunas-lunas pelembagaan. Ramai di antara mereka yang berpendidikan Inggeris sudah diorientasikan dengan nilai-nilai Inggeris dan sentiasa ‘menurut perintah, dan tidak tahu melawan. Akibat dari itu hingga Perang Dunia II tuntutan mereka tidak pernah berjaya.
Berbeza
dengan KMS, En Yunos Abdullah dan beberapa orang rakan Melayunya ada di
dalam Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri Selat bagi menyuarakan nasib
orang-orang Melayu Singapura. Salah satu kesannya yang paling berjaya ialah mendapatkan tanah di “Kampung Melayu “bagi orang-orang Melayu apabila kerajaan Inggeris melaksanakan projek Lapangan Terbang di Kallang.
Malangnya KMM tidak pernah berjaya dalam tuntutan mereka. Memorandom mereka biasanya ditolak bagitu sahaja oleh Inggeris. Perjuangan Kesatuan Melayu Melaka digambarkan,
“ Dalam lapangan siasah pula, orang-orang Melayu Singapura telah menubuhkan Kesatuan Melayu dengan menpunyai dua cawangan di
Melaka dan Pulau Pinang. Tetapi pergerakan siasah pada waktu itu
tidaklah bagitu kencang sebab politik pada masa itu telah
dimomok-momokan oleh kerajaan penjajah “.
Salah
satu perjuangan kosong Kesatuan Melayu Melaka dapat dilihat dalam
Persidangan Majlis Negeri-Negeri Selat pada 26 dan 27.1.1940. Dalam Persidangan itu telah mendesak kerajaan Inggeris menyediakan
sekolah-sekolah pertukangan dalam bahasa Melayu dan juga mendesak
kerajaan menyediakan biasiswa untuk anak-anak Melayu. Sesungguhnya
usul-usul itu telah dipanjangkan kepada pihak Inggeris tetapi malangnya
tidak ada satu kesan pun yang efektif. Ini menunjukkan sikap
‘non-responsive’ Inggeris terhadap Kesatuan Melayu Melaka.
No comments:
Post a Comment