KEBUDAYAAN - Pengenalan
Kebudayaan
dan peradaban adalah satu kesatuan yang kompleks yang mengandungi
antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang,
adat resam dan lain-lain kebolehan manusia dan kebiasaan yang didapati oleh manusia sebagai anggota sesuatu masyarakat. Budaya mencerminkan keseluruh hidup sesuatu masyarakat. Dalam kontek budaya Melayu tradisional secara keseluhannya akan memcerminkan keseluruhan hidup masyarakat. Masyarakat Melayu di rantau dunia Melayu. Namun demikian skop penbincangan kita akan ditumpukan kepada masyarakat Melayu Melaka. Masyarakat Melayu Melaka biasanya dilihat dari dua aspek.
Pertama: Budaya tradisional yang wujud di istana atau digelar sebagai ‘tadisi istana’ atau ‘budaya istana’ juga disebut ‘court tradision’ atau ‘court culture’. Ada juga diistillahkan ‘budaya istana ini sebagai “Great Tradition”
Kedua: Budaya atau tradisi yang wujud di kalangan rakyat atau disebut sebagai ‘budaya rakyat’ atau ‘ tradisi rakyat’ atau ’folk tradition’ atau ‘folk culture’ . Ada juga diistillahkan sebagai “Little Tradition”
Membicarakan tentang kebudayaan kedua-dua golongan Melayu Melaka di empire Melaka secara keseluhurannya akan dipaparkan cara hidupnya, sejarahnya, budayanya dan kepercayaannya. Sumber kebudayaan Melayu awal dapat dilihat dalam catatan-catatan lalu seperti
- Sejarah Melayu
- Hikayat Hang Tuah
- Tufat al Nafis
- Hikayat Raja-Raja Pasai
- Di Jawa terdapat Nagarakartagama dan Praratun
- Di Sunda terdapat Babad Prahyingan
- Di Sulawesi La Galilo dll.
Di antara contoh buku sumber sejarah dan kebudayaan Melayu lama.
Biasanya terdapat dalam tulisan jawi kerana buku-buku ini ditulis setelah datangnya pengagruh budaya Arab atau Islam.
Sumber-sumber ini menggambarkan budaya hidup orang-orang Nusantara pada zamannya. Budaya mereka banyak yang kekal hingga kini walaupun terdapat beberpa unsur budaya asing masuk ke dalam masyarakat lama ini.
Sungai Melaka yang banyak menyimpan sejarah peradaban kerajaan Melayu Melaka
Tun Seri Lanang dalam SEJARAH MELAYU telah memperlihatkan kepada generasi hari ini cara dan gaya hidup masyarakat istana dan masyarakat umum secara keseluruhannya pada zaman itu. Bagitu
juga penulis atau pencatat luar seperti Cina, Portugis, Belanda
Inggeris, Siam, dan sebagainya banyak membicarakan tentang budaya
orang-orang Melayu Melaka khasnya dan di rantau ini bemula dari
kerajaan-kerajaan sebelum Parameswara hingga kini.
Kitab Lama – Sumber mengenai Budaya dan Tradisi hidup orang-orang Melayu di Alam Melayu
Budaya sesuatu masyarakat biasanya dinamik, ia tidak statik. Namun
demikian ia berlaku dengan berbagai cara sama ada secara cepat atau
lambat Budaya yang statik adalah budaya yang lesu dan tidak mahu
berkembang. Budaya Melaka berubah dengan cepat akibat dari pengaruh budaya asing atau melalui kontak sosial. Dari segi pakaian, mithalnya, jenis pakaian, material yang digunakan, fashion yang digemarinya berubah setelah kedatangan saudagar-saudagar kain dari Gujerat India dan batik dari Jawa. Akibat dari pertembungan budaya ini bukan sahaja berbeza dari segi fizikalnya tetapi juga dari gaya pemikirannya.
Kapal asing bukan sahaja membawa barang dagangan tetapi juga membawa “Budaya dan peradaban bangsa mereka”
Seluruh Nusantara pernah dipengaruhi oleh peradaban Hindu-Buddha. Kerajaan Melayu Tua termasuk kerajaan Melaka awal adalah di pengaruhi oleh budaya dan peradaban Hindu. Peradaban yang datang dari luar banyak mempengaruhi budaya dan gaya hidup golongan istana atau “The Great Tradition”. Tradisi
dan budaya istana sangat cepat diresapi oleh budaya asing. Perubahan
politik, ekonomi dan sosial telah membawa perubahan pada golongan
tersebut..\
Ukiran dari salah satu panel Candi ini menggambarkan tradisi dan budaya Hindu-Buddha. Budaya ini berubah setelah kedatangan Islam ke rantau itu.
Apabila Parameswara membuka Melaka beliau dan pengikut-pengikutnya masih meneruskan tradisi dan budaya kerajaan Srivijaya yang dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu.- Buddha. Pada tahun 1409 beliau telah berkahwin dengan puteri Raja Pasai lalu masuk Islam. Tindakan beliau memeluk Islam telah memberikan impak yang sangat dalam kepada budaya dan tradisi “The Great Tradition” di Melaka. Setelah beliau menganut Islam, pembesar-pembesar istana yang lain turut meniguti langkah beliau. Bagitu juga keluarga-keluarganya yang lain. Contoh ini memperlihatkan yang perubahan budaya dan tradisi bermula dari istana dan ianya berlaku dengan cepat.
Kedatangan
Islam ke Melaka telah banyak memberi kesan pada budaya dan tradisi
hidup golongan Istana dan golongan rakyat di rantau ini
Tradisi dan budaya rakyat jelata turut dipengaruhi oleh budaya luar melalui ‘social contact’. Rakyat jelata di Melaka memiliki corak budaya yang tersendiri. Mereka berada dalam budaya yang sangat ‘simple’ Tradisi hidup yang simple ini diwarisi sejak dari awal lagi.
Artifek-artifek
ayang ditemui oleh ahli-ahli arkeologi menggambarkan keindahan,
keharmonian dan perasaan yang mendalam tentang budaya mereka. Gelang, rantai dan berbagai cincin yang ditemui menunjukkan kecenderungan menghias diri dengan berbagai assesories. Ini menunjukkan yang mereka sudah ada rasa indah dan mereka memerlukan kecantikan. Budaya yang sumple ini dapat juga dipengarui oleh budaya luar tetapi dengan kadar yang lambat. Ini adalah kerana maereka tinggal jauh di pendalaman atau jauh dari kawasan istana. Mereka tinggal dalam kelompok mereka sendiri yang jarang menerima tempias proses urbanisasi.
Ukiran-ukiran pada candi-candi banyak menggambarkan budaya dan peradaban
Masyarakat pada waktu itu
Kekadiran
pengaruh Hindu-Buddha di rantau ini lebih banyak memberi kesan atau
mengubah budaya dan tradisi istana dari tradisi dan budaya rakyat. Pengarah
agama Islam pula yang datang selepas itu banyak memberi kesan dan
perubahan bukan sahaja kepada budaya istana tetapi juga membawa
perubahan kepada tradisi dan budaya rakyat jelata atau “little
Tradition” Melaka. Ini adalah disebabkan agama Islam .
Sejarah Melayu menulis bahawa pengislaman beramai-ramai di Melaka di mulakan oleh sultannya lalu diikuti oleh pembesar-pembesarnya dan kemudian rakyat jelatanya. Ini adalah di atas perintah rajanya. Mengikut B.Harison dalam artikelnya Muslim
World “……The adoption of Islam by the Malay princes meant, therefore,
that in the course of time the whole race became Muslim. Psychologically, the people look upon their chiefs and nobles as good examples to be followed, and so when a chief, or a noble embrace Islam, the people followed suit.”
Di
dalam masjid terdapat berbagai bangsa dan keturunan, berbagai warna
kulit dan budaya sama-sama menghadap kiblat memohon supaat dari Allah
kerena semua orang Islam di anggap berkeluarga
Islam
menganggap semua orang bersaudara dan status seseorang yang yang ingin
menganuti agama Islam tidak terhad kepada golongan istana sahaja. Islam tidak mementingkan kasta atau darjat tetapi ia mementingkan unsur-unsur kemaknusiaan yang berdasarkan pemikiran yang rasional. Islam tidak tertupu kepada hal-hal ketuhanan sahaja malah ia meliputi keseluruhan hidup masyarakat itu. Melaka telah menjadi sebagai pusat kebudayaan, kesusateraan, perundangan, dan tasauf selain
ia menjadi pusat perkembagan dan penyibaran agama Islam di rantau dunia
Melayu termasuk Seluruh Tanah Melayu, Sumatera, persisir Tanah Jawa,
Berunai, Kepuluan Sulu dan Kepuluan Meluku. Dengan cara tidak langsung peradaban dan kebudayaan Islam telah menular ke seluruh empire Melaka.
Pelabuhan Melaka yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dari alam Melayu dan
Antarabangsa.
Melaka sebuah kota kosmopolitan yang didatangi oleh berbagai bangsa dan keturunan telah menerima pengaruh yang bukan sedikit. Ia dianggap sebagai ‘the melting pot’ di mana semuanya jenis bedaya terdapat di kota dan di empire ini. Mereka ini bukan sahaja turut mempertingkatkan keagungan kota pelabuhan ini tetapi juga turut menyumbangkan budaya mereka .
Akibat dari proses pertembungan itu ada unsur-unsur budaya asal yang terus kekal dan ada yang hilang dan ada yang mengalami pengubahsuaian. Kadangkala wujud dua fenomena budaya yang berbeza dan ada yang menjadikannya dua budaya yang berbeza tetapi atas satu fenomena yang sama. Walau apa pun caranya kita akan lihat manifestasi corak kebudayaan negeri Melaka secara keseluruhannya. Melaka sebagai ‘ a melting pot’ digambarkan oleh Robert J.Wolff dalam bukunya “ Modern Medicine and Tradisonal Culture, Contradiction on the Malay Power” berkata:
“ …….Perhaps Malay culture is like that. It is the cupboard in which are stored all the gifts from other cultures, not arranged in particular way …..”
Melaka
melalui liku-liku sejarah yang kompleks, jadi tidak hairanlah bebagai
fenomena berjaya mempengaruhi budaya Melayu. Namun bagitu kita akan
melihat dari kaca mata budaya kita sendiri.
Dalam kontek kita akan melihat beberapa aspek budaya yang diamalkan dalam empire Melaka termasuk
- corak hidup mereka pada waktu itu
- kepercayaan dan ikutan mereka
- pendidikan dan pelajaran
- kesenian, meliputi
. Seni Rupa seperti Tarian, Silat Pencak, Seni Suara, Seni Bahasa seperti Prosa dan Puisi
No comments:
Post a Comment