BUKIT SENJUANG (ST JOHN HILL)
Pemandangan dari pelabuhan Melaka. Terdapat 2 buah bukit. Di sebelah
kiri ialah BUKIT ST PAUL dan di sebelah kanan ialah BUKIT SENJUANG
(Bukit St John)
Kota Belanda di Bukit Senjuang
Ini
adalah salah sebuah bukit yang terdapat di sejitar Bandar Melaka. Bukit
ini terletak di bahagian selatan Bandar Melaka dan tidak berapa jauh
dari pantai. Ia merupakan bukit asal dan bukitlah
bukit buatan manusia seperti yang didakwa oleh setengah-setengah pihak.
Tingginya dari paras laut lebih kurang 20 meter dan terdiri dari batu
laterite. Lain-lain bukit yang terdapat di sekitar Bandar Melaka ialah
Bukit Bendera (St Paul Hill) dan Bukit China. Bukit ini asanya dinakan Bukit Pipit di sebut juga dalam sumber Portugis sebagai Buquetpipi dan ada juga di sebut sebagai The Hill Of Sao Joa.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka bukit ini tidak digunakan sepenuhnya. Seperti
Bukit Cina pada asalnya, dipenuhi dengan hutan belantara yang menjadi
tempat persembunyian perompak-perompak. Tidak mingkin ada yang tinggal
di bukit ini kerana kesukaran turun naik dan mendapatkan air. Tetapi
tidak boleh dinafikan, dari segi pertahannan ia adalah strategic sekali.
Namun demikian di bawah bukit ini terdapat desa dan kampong orang-orang Melayu dan juga kawasan-kawasan perniagaan. Ini ada digambarkan dalam Sejarah Melayu
“ ….. bahawa dari Air Leleh ke Muar rumah tidak berputusan…”
Air Leler terletak di kaki bukit ini. Tambahan
pula tanah-tanah yang terletak di sekitar bukit ini adalah tanah yang
subur untuk mereka menjalankan aktiviti petanian. Munsyi Abdullah, seorang penulis Melayu ada menceritakan dalam bukunya HIKAYAT ABDULLAH bahawa terdapat dusun-dusun orang kaya di kaweasan Banda Hilir dan beliau serta Tuan Stamford Raffles pernah bermalam dalam salah sebuah dusun di Banda Hilir. Tidak juga dapat dinafikan dari sumber Portugis terdapat beberapa kawasan yang berpaya dan lembah di kawasan Yler (Banda Hilir) hingga ke Tanjonpacer (Ujung Pasir)
Kubu Pertahan Orang-Orang Melayu.
Apabila
Portugis memerintah Melaka, orang-orang Melayu telah menggunakan bukit
ini sebagai tempat persembunyian dan pertahanan mereka dalam usaha
mendapatkan Melaka dari tangan Portugis. Selain dari Bukit Senjuang ini orang-orang Melayu menggunakan Bukit China sebagai kubu pertahanan mereka. Bagi
mengelakkan pewira-pewira Melayu menggunakan bukit-bukit ini, orang
Portugis telah membina sebuah rumah ibadat (Gereja) di puncak bukit
tersebut iaitu di tapak kota yang ada sekarang. Bagitu juga halnya dengan Bukit Cina. Terdapat sebuah gereja di bina di bukit itu. Kina gereja itu telah roboh dan tapaknya masih ada hingga sekarang.
Gambar rumah Rajib dan pelan Gereja di Bukit Cina (BOEGIT CHINA) yang dibina oleh Portugis
Aceh Menawan Bukit Senjunag – 1628
Peranan Bukit Senjuang ini menjadi lebih penting pada zaman pemerintahan Portugis, Salah satu musuh ketat orang Portugis ialah orang Aceh. Aceh sering menyerang Portugis di Melak terutama semasa Perang Tiga Segi antara Johor, Portugis dan Aceh.
Dalam
tahun 1628 orang-orang Aceh telah menyerang Melaka dan mereka talah
berjaya menawan bukit ini. Tentera-tentera Aceh telah menggunakan Bukit
ini sebagai pusat menyerang stesyen Garisen Portugis di Bukit Cnia yang
terletak di bahagian utara bukit ini. Dengan
berpangkalan di Bukit Senjuang ini tentera Aceh berjaya memusnahkan
Barian dan juga Rumah Rahib di Bukit Cina. (Tapak Rumah Rahib dan tempat
ibadat masih dapat di lihat di puncak Bukit China hingga sekarang.) Setelah berjaya menawan Bukit Cina orang-orang Acheh telah menggunakan Bukit Cina sebagai
kubu pertahanan yang kedua untuk membedik Kota Melak lebih dekat lagi.
Apabila orang-orang Aceh berundur kedua-dua bukit ini tidak lagi di
usahakan oleh orang-orang Portugis. Runtuhan-runtuhan itu dibarkan sahaj
kerana ketika itu orang Portugis telah bagitu lemah dan hamper sampai
ke penghujung pemeritahannya di Melaka.
Kota Belanda di Bukit Senjuang
Tentera-tentera
Belanda pernah juga menggunakan bukit ini untuk menyerang Portugis di
Melaka, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Aceh. Belanda
berjaya menawan Kota Melaka dari tangan Portugis pada tahun 1641. Pada masa pemerintahan Belanda Bukit Senjung ini memainkan peranannya semula. Belanda telah menjadikan Bukit Senjuang ini sebagai matlamat utama dalam pelan pertahanan mereka. Jika
Portugis sring menerima ancaman dari orang-orang Aceh, Belanda pula
menerima ancaman dari orang-orang Bugis. Bagi mempertahankan Melaka,
orang Belanda telah mendidikan kota yang ada sekarang ini dalam tahun 1760. Satu garisen tentera telah ditempatkan di kota ini lengkap dengan meriamnya bagi mengawal dan mempertahankan Melaka dari ancaman dan serangan Bugis dari selatan.
Pada tahun 1795 Melaka telah diserahkan kepada kerajaan British. Proses penyerahan ini lengkap setelah Inggers dan Belanda menandatangani Perjanjian London pada tahun 1824. Melaka
ditukarkan kepada Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatera. Inggeris tidak
menerima sebarang ancaman dari mana-mana pihak dan bukit ini tidak lagi
mempunyai sebarang kepentingan lagi hingga kini.
Binaan Kota Belanda
Bahan yang digunakan untuk membina kota di Bukit Senjuang ini ialah ‘batu merah’ (laterite rocks) dan batu bata Belanda Dutch bricks/slabs) . Batu mereh seperti ini juga digunakan oleh Portugis untuk membina kota Melaka, A Famosa. Mengikut
sumber-sumber Portugis batu seperti ini diambil dari Pulau Upeh (Ilha
das Pedras), Pulau Jawa (Ilha das Jaos) dan juga diambil sejauh-jauhnya
dari Linggi, di sempada Negeri Sembilan. Batu ini
juga digunakan untuk membuat Stadthuys, gereja-gereja dan lain-lain
bangunan lama di Melaka. Pada asalnya batu-batu ini digunakan oleh
sultan-sultan Melayu unyuk membuat masjid dan makam-makam.
Lantai kota ini diperbuat dari batu bata zaman Belanda. Batunya nipis sedikit tetapi lebar. Batu-batu
ini disusun berdiri menjadikan ia lebih teguh lagi. Di Melaka banyak
terdapat kilang-kilang batu bata di zaman kerajaan Belanda dan British.
Bahagian dalam dekat dengan tembuk ditinggikan agar senang mengintip kedatangan musuh dan mudah untuk membedil muduh.
Meriam (Canons)
Meriam yang terdapat di atas kota ini sebanyak 5 laras. Meriam ini adalah di antara beberapa banyak meriam yang telah ditinggalkan oleh Portugis di Melaka. Ia diperbuat daripada tembaga dan sangat berat. Di antara meriam-meriam yang terdapat ialah:
- “Demi Canon Firing” Tembaga Peluru Besi/Bahan Letupan
- “Culverin”: Tembaga Peluru Besi/ Baha Letupan
- “doorgraynda” Tembaga Peluru Besi/Bahan Letupan
- “Cloclsgenijs” Tembaga Peluru Besi/Bahan Letupan
- “The Dog” Tembaga Peluru Besi/Bahan Letupan
- “Wide mouthed” Tembaga Peluru Besi/Bahan Letupan
Di kota Melaka terdapat 82 laras meriam digunakan, 49 meriam tembaga dan 33 meriam besi. Meriam yang ada di atas Bukit Senjuang adalah meriam tembaga menggunakan bahan letupan (powder) dan peluru besi (iron shot). Peluru-peluru meriam batu dan besi masih boleh di lihat di muzium Melaka.
Mistri Terowong Bukit Senjuang ke Bukit St Paul
Mengikut tradisi lisan terdapat sebuah terowong menghubung kota ini dengan Kota St Paul di Bandar Melaka. Kina dikatakan terong tersebut telah binasa akibat pembangunan yang pesat. Namun
demikian tradisi-tradisi lisan masih terdapat di kalangan
genarasi-genarasi lama cerita beberapa orang yang menerokai lubang gelap
itu lesap bagitu sahaja. Tradisi lisan ini merupakan satu mistri yang belum dapat dibuktikan.
No comments:
Post a Comment