PULAU-PULAU DI MELAKA
Melaka adalah sebuah negeri yang bersejarah . Mengikut pengembara Cina Melaka dikenali sebagai “ Lima Pulau” (The land of Five Islands). Sebenarnya
terdapat tidak kurang dari 12 buah pulau besar dan kecil di luar pantai
Melaka. Mungkin 5 buah pulau yang dimaksudkan adalah pulau-pulau utama
yang terdapat di pantai Melaka itu.
Pulau-pulau itu termasuk:
1. Pulau Besar:
Pulau
yang terbesar sekali ialah Pulau Besar. Pulau ini terletak kira-kira 10
km dari pelabuhan Melaka dan 4 km dari Pangkalan Pernu dan Anjung Batu. Sebelum
ini orang ramai menggunkan jeti di Pernu/Umbai untuk kr Pulau Besar
tetapi kini mereka menggunkan Jati Anjung Batu yang lebih selesa dengan
pengangkutan yang lebih sempurna ke Pulau tersebut.
Orang
ramai mengunjungi pulau tersebut untuk berkelah, menangkap ikan,
menikmati udara segar, berihat dan ada juag untuk tujuan-tujuan
tertentu.. Perjalanan dari pangkalan Anjung Batu mengambil masa lebih
kurang 20 – 30 minit dengan menggunakan bot penumpang khas.
Pulau itu mempunyai bentuk yang isyimewa. Ia
kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang tidur dari sudut mana
juga dilihat. Ini adalah satu keistimewaan yang terdapat pada pulau itu. Cerita-cerita mengenai pulau ini banyak sekali. Terdapat beberapa buah makam yang dianggap ‘keramat’ oleh stengah-setengah masyarakat tempatan. Salah
sebuah makam yang amat dikenali ialah Makam Sultanul Ariffin yang
dikatakan salah seorang pengembang agama Islam di Melaka.
2. Pulau Hantu
Di hadapanya terdapat sebuah Pulau yang dinamakan Pulau Hantu. Palau ini berhampiran dengan Pulau Besar dan boleh berjalan kakai ke Pulau Hantu itu jika air surut. Namanya sahaja sudah menakutkan. Di kalangan nelayan tempatan banyak cerita-cerita yang mengerikan mengenai Pulau Hantu ini
3. Pulau Serimbun
Di sebelah barat Pulau Besar ialah Pulau Serimbun. Pulau
ini tidak ada penghuninya. Pada zaman pemerintahan Jepun, pulau ini
digunakan oleh pihak tentera Jepun untuk menghapuskan musuh-musuh
mereka. Kebanyakan musuh-musuh mereka dibawa ke pulau ini untuk dipenggal kepala mereka. Di kalangan nelayan dikatakan juga pulau ini berhantu. Pulau ini hanya menjadi persinggahan nelayan pada masa kecemasan sahaja.
4. Pulau Lalang. Pulau Lalang adalah sebuah pulau yang cantik. Ia terletak di bahagian Timur Pulau Besar. Pulau ini juga tidak ada penghuninya kerana sukar mendapat air minuman. Seluruh pantainya dikelilingi pasir yang putih dan pohon nyiur yang melambai. Pada satu ketika dahulu terdapat sebuah banglow persendirian tetapi tidak kekal lama kerna kesukaran mendapatkan air minuman.
5. Pulau Dodol.
Pulau ini dinamakan sempena sejenis kueh orang Melayu yang sangat digemari iaitu ‘Dodol’. Pulau ini juga tiada penghuninya. Ia
hanya menjadi tempat persinggahan nelayan tempatan untuk berihat dan
berteduh pada masa kecemasan seperti rebut dan angina kencang.
6. Pulau Nangka
Pulau ini dikatakan berbentuk seperti sebiji nangka. Oleh itu dinamakan Pulau Nangka. Seperti Pulau Dodol ia tidak didiami oleh sesiapa pun. Ia digunakan sebagi tempat persinggahan atau tempat perlindungan oleh nelaya tempatan.
7. Pulau Hanyut
Pulau ini mempunyai ceritanya sendiri. Ia terletak jauh ke laut dan tiada penghuni.
8. Pulau Undan
Undan ialah nama sejenis burung laut. Dahulu
ia banyak terdapat di pulau ini dan dipersekitarannya. Ini adalah pulau
karang dan banyak terdapat ikan dan berbagai jenis siput menyebabkan
banyak burung-burung, terutama burung undan bertumpu di pulau itu. Sebab itulah dinamakan Pulau Undan. Terdapat sebuah Rumah Api di pulau itu. Rumah api itu dibina disekita tahun 1880an. Pekerja-pekerja rumah api tinggal bergilir-gilir di pulai itu. Pada waktu malam pancaran cahaya dari Pulau Undan itu kelihata nyata bagi menjamin keselamatan kapal-kapal melalui Selat Melaka.
Lain-lain Pulau yang terdapat termasuk
9. Pulau Burung atau Pulau Peringgi
(Portugis) di luar pantai Serkam/Pulai. Dinamakan Pulau Portugis kerana
orang-orang Portugis pernah mengambil batu laterite dari pulau itu
untuk membuat kota Melaka.
10. Pulau Menatang. Sebuah
pulau kecil di luar pantai Teluk Ketapang/Teluk Mas. Pulau ini
dibanjiri air pada waktu air pasang. Apabila air surut ramai penduduk
tempatan pergi memungut siput dan lain-lain makanan laut di pulau itu.
11. Pulau Jawa. Dalam bahasa Portugis di sebut “Ilha das Jaos”. Letaknya di luar pantai Banda Hilir. Kini proses menambak laut telah sampai ke Ilha das Jaos ini.
12. Pulau Upeh.
Orang Portugis menyebutnya “ilha das Pedras” terletak di luar pantai Tengkera. Terdapat chalet di pulau ini dan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi pulau ini ada penghuninya kerana terdapat kemudahan air minuman. Ada perigi air tawar di pulau ini. Catatan
sejarah menunjukkan 2 orang wali Sungo atau wali sembilan dari kerajaan
Majapahit pernah menuntut di Melaka dan tinggal di Pulau Upeh ini.
(Sumber Negarakartagam)
No comments:
Post a Comment