UMNO , MCA dan MIC Melaka mengatur kepulangan MISSI Merdeka
Satu mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Melaka di adakan pada 22.1.1956 . Borhan Md Yaman mencadangkan diterima cadangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan majlis menerinya dengan sebulat suara. Satu jawatankuasa dibentuk bagi mengatur dan menyusun jentera menyambut Kepulangan Missi Merdeka itu.
Borhan Md Yaman dalam mesyuarat jawatankusa UMNO Melaka pada 22.1.1956 mencandangkan Melaka menerima syor UMNO Kuala Kangsar agar Misssi Merdeka disambut di MELAKA
Untuk menguruskan sambutan kepulangan Missi Merdeka yang bagitu besar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagi melicinkan pentadbiran UMNO Melaka telah menghubungi rakan politiknya iatu MCA dan MIC. Keputusan
Mesyuarat UMNO Melaka telah dibawa oleh Setiausaha UMNO, Hasnul Hadi ke
dalam Mesyuarat Parti Perikatan Melaka pada 27.1.1956. Parti Perikan
Melaka telah menubuhkan jentera penggerakkan terdiri dari:
Abd Ghafar Baba Pengerusi Rapat UMUM
Pengerusi Rapat UMUM : Abd Ghafar Baba
Jawatankuasa Penyambut: Abd Ghafar Baba
Tan Siew Sin
Sudin Abd Rahman
Goh Chee Yan
A.W.B.Acton
V Allagapan
Pengerusi J/K Penerangan
Dan Perarakan: Muhammad Abd Rahman
Pengerusi J/K Pengangkutan: Tan Cheng Swee
Sementara itu Abd Ghafar Baba telah menghubungi Tunku Abd Rahman di London melalui talipon. Beliau menyatakan tidak dapat keputusanya kerana perundingan waktu itu belum tamat. Beberapa hari kemudiannya beliau menerima 2 kawat dari London.
Kawat dari London
Kawat Pertama: “ Perundingan ditamatkan hari ini dengan kejayaan yang penuh.
Keputusan diumum lapan haribulan.”
Kawat pertama ini diterima oleh Pejabah Perikatan Melaka pada hari Rabu 8.2.1956
Kawat Kedua : “ Akan balik dengan kapalterbang EM 532. Sampai Kuala Lumpur
19 Februari dan akan membat ucapan umum pertama di Melaka”
Tunku Abd Rahman dijangka akan bertolak dari London dengan penerbangan EM 532 ke Kuala Lumpur tetapi ada pindaan penerbangan kemudiannya. Tunku tidak mendarat di Kula Lumpurnya, sebaliknya beliau dan missinya mendarat di Singapura pada 19.2.1956.
Dalam menyelenggarakan Missi Merdeka, Perikatan
Melaka telah mengadakan mesyuarat tergemparnya pada hari Selasa
7.2.1956 dan Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan mesyuaratnya pada
12.2.1955. Pada waktu itu seluruh jentera telah sedia untuk digerakkan.
Barisan Motosikal: Pemuda UMNO Bahagian Melaka dijangka mengadakan barisan motosikal untuk mengmpalai perarakan membawa ‘Missi Merdeka’ dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Padang Banda Hilir.
Tunku an missinya melambai gembira kepada orang ramai
Barisan itu diketua oleh Cikgu Ahmad Bin Hj Marzuki. Tiap-tiap
motosikal dibenarkan 2 orang menaikkinya. Pakaian yang ditetapkan ialah
baju putih, seluar panjang putih dan songkok hitam.
Pemuda bermotosikal diketuai oleh Cikgu Ahmad Marzuki mendahului perbarisan
Barisan Kehormat di Lapangan Terbang Batu Berendam di adakan. Barisan
ini diwakili 5 orang pemuda dari tiap-tiap cawangan dan diketua oleh
Abdul Bin Chudang dan dibantu oleh Harun Pit, Samah Abd Aziz dan Salleh
Kassim.
Barisan Kereta: Dalam
barisan kereta Perikatan telah menyediakan 30 buah kereta untuk
mengangkut ‘Missi Merdeka” dan pegawai-pegawai Tinggi Perikatan dari
seluruh Malaya yang mengiringi Tunku dari Batu Berendam ke Banda Hilir.
Ketetapan Kereta:
Kereta Pertama : Tuanku Abd Rahman akan berdiri bersama-sama seorang wakil raja-
Raja dan Pengerusi UMNO Bahagian Melaka.
Kereta Kedua: 2 orang anggota ‘Missi Merdeka’ – Kereta dipandu oleh Tan Siew Sin
Kereta Ketiga: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Othman Shawal
Kereta Keempat: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Goh Che Yan
Kereta Kelima : 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh V.Allagapan
Kereta Keenam: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh A.Rahman Acton
Manakala
kereta-kereta yang lain membawa pegawai-pegawai perikatan. Selain dari
kereta yang 30 biji yang ditetapkan , kereta-kereta lain juga dibenarkan
menyertai perarakan tetapi mereka tidak dibenarkan masuk ke Banda Hilir
kerana masalah tempat parking.
Perarakan Pemuda.
Dalam perbarisan perarakan pemuda , pergerakan pemuda UMNO mengetuai perbarisan itu dan diikuti oleh perbarisan pemuda MCA dan MIC serta pemuda-pemuda dari negeri lain.
Pemuda-pemuda Melaka di minta berkumpul di padang Kubu dengan diketuai oleh Pemuda UMNO, Bulat Bin Muhammad.
Pemuda-pemuda MCA dan MIC dari negeri-negeri lain diminta menunggu di hadapan bangunan Meng Seng. Semua Barisan di hadapan bangunan Meng Seng diketuai oleh Syed Omar Al-Habshi.. Perarakan tersebut didahui oleh pancaragan MCA.
Kanak-kanak sekolah juga turut dipelawa. Mereka diminta beratut sepanjang jalan yang di lalui “Rombongan Merdeka’ sambil mengibarkan Bendera Merdeka.
Kampung-kampung di tepi pantai
diminta menghiasi perahu-perahu serta motor boat motor-boat mereka dan
diminta mengangkut orang-orang di kampung-kampung di tepi-tepi pantai
Melaka ke Padang Banda Hilir. Perahu-perahu diminta berlabuh di tepi pantai Bada Hilir jam 3.00 petang.
Perarakan cawangan-cawangan
Di samping itu perarakan cawangan-cawangan juga diatur rapi. Cawangan-cawangan yang menggunakan jalan Sungai Rambai-Melaka dan Jasin-Melaka dikehendaki berkumpul di Simpang Lima Semabok Perarakan itu di ketuai olej Hassan Muhammad.
Cawangan-cawangan menggunakan Jalan Masjid Tanah-Melaka diminta berkumpul di ‘Badminton Hall’ Tengkerah dan diketuai oleh Syed Hood. Cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Alor Gajah-Melaka berkumpul di Padang Kubu dan diketuai oleh Ismail Bin Abu Samah. Bagi cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Durian Tunggal-Melaka diminta berkumpul di Masjid Pengkalan Rama dan diketuai oleh Ahmad Abdullah.
Bagi melicin pentadbiran dan pengurusan Jawatan diubah dengan
Abd Ghafar Baba : Pengerusi Rapat Umum
Hasnul Hadi : Setiausaha Rapat Umum
Muhammad Abd Rahman : Pengerusi JK Penerangan dan Perarakan
Tan Cheng lock: : Pengerusi JK Pengangkutan
Hj Johar Aziz : Pengerusi JK Cenderamata
C.Mariappan : Pengerusi JK Perhiasan
Kamal Sudin, Tawi Abd Hamid dan Hj Talib Karim : JK Penyambut di Banda Hilir
Abd Ghafar Baba, Sudin Abd Rahman dan Othman Shawal sebagai JK Penyambut di
Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
Tawi Hamid dan Hassan Bakar : Pengelola Tamu luar.
Hasnul Hadi, Setiausaha Rapat Umum
Walapun sambutan itu dikelolakan olek Perikatan Melaka (UMNO/MCA/MIC) tetapi sebahagian besar tugasnya adalah dipikul oleh UMNO Melaka.
Semuanya telah diatur rapi menjelang kembalinya “Missi Kemerdekaan” Sumbagan mental moral, fizikal dan material sememang tidak dapat dinilaikan. Ada yang bertunggu tangga di pejabat UMNO di 47,
Mill Road, Melaka bekerja siang dan malam semata-mata untuk melihat
segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar bagi membuktikan kepada
orang ramai bahawa Melaka boleh mengelolakan perhimpunan yang bagitu
besar.
Ketibaan Missi Merdeka ke Melaka
Pagi Minggu 19. 2. 1956 , rakyat Melaka dan rombongan-rombongan luar amnya telah mulai membanjiri Kota Melaka. Rombongan luar ada yang sampai sehari dua lebih awal dan menginap ditempat-tempat yang dikhaskan. Kenderaan keluar masuk tidak putus-putus. Ada . yang tinggal di tepi-tepi pantai ada yang berperahu. Tidak kurang juga orang berduyun-duyun berjalan kaki untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu. Ramai sekali yang membanjiri Melaka. Straits times melaporkan
yang menggunakan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, bas,
kereta, basikal, motosikal, kenderaan kerajaan seperi lori JKR. (PWD)
“ …..More than 100 000 people gave Tunku a tumultuous welcome.”
Walaupun dalam jangka awal Tunku dan rombongannya tiba pada pukul 2.00 petang tetapi perubahan jadual telah menyebabkan Missi Merdeka samapai di Lapangan Terbang batu Berendam jam 10.00 pagi. Ini dapat dijelaskan dengan laporan di bawah:
“ The Tunku is due in Malaccca at 10.00 am From the airport he will go
straight to Mr. Tan Siew Sin’s house for a rest. At 1.00 p.m. he will
attend a luncheon ata MCA premises in Tranquera Road ………”
Walaupun “Missi Merdeka” sampai lebih awal dari yang dijangkakan tetapi ini tidak banyak membawa perubahan kepada rancangan awal . Hanya mereka yang ditugaskan menyambut ketibaan rombongan itu saahaja yang terlibat. Segala urusan perhimpunan di padang Banda Hilir adalah seperti yang ditetapkan bermula 2.30 petang.
Setelah “Rombongan Merdeka” sampai di Batu Berendam mereka disambut dengan begitu meriah dan gemuruh pekikan “MERDEKA” . Mereka telah disambut seperti yang dirancangkan dan rombongan itu dilaporkan
“ ……
escorted by a fleet of more than 100 cars to Klebang Besar via Batu
Berendam, Peringgit, Pengkalan Rama, River Side dan Tranquera Road … “
Setelah
makan tengah hari anjuran MCA Melaka, Tunku dan ahli rombongannya
diarak sekali lagi ke Pandang Banda Hilir tepat jam 2.30 petang. Di Padang Banda Hilir Tunku akan “Mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu”. Mendahului perarakan ialah barisan motosikal dan Tunku berdiri sepanjang perjalanan
melambai-lambaikan tangan dan berteriak Merdeka dan sepanjang jalan
jugalah laungan “MERDEKA” tidak putus-putus di laungkan. Setiba sahaja di padang
Banda Hilir beliau memeriksa barisan pemuda UMNO, MCA dan MIC serta
pemuda-pemuda UMNO dari lain-lain negeri. Tidak dapat digambarkan betapa
meriahnya suasana paada waktu itu. Sesudah itu beliau serta rombongannya menaiki sebuah pentas khas yang disediakan.
Walaupun
ada beberapa ucapan awal tetapi orang ramai tidak sabar menunggu YTM
Tunku Abd Rahman bangun memberi ucapan dan mengisytiharkan Tarikh
Kemerdekaan tanah Melayu. Tunku menyatakan
bahawa negara ini telah dijajah selama lebih dari 400 tahun dan masanya
telah sampai untuk negara ini, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di
akhir ucapan beliau beliau mengisytiharkan:
“ …… Insya Allah 31 Ogos 1957”
dan disambut dengan laungan merdeka. Ada yang menadah tangan besyukur kepada Allah, Ada yang terus bersorak, dan ada yang mengira Tarikh dan berbagai-bagai ragam dapat di lihat pada waktu itu.
Inilah peristiwa paling bersejarah bagi Negeri Melaka. Padang Banda Hilir akhirnya di gelar Padang pahlawan dan Melaka sebuah negeri bersejarah penuh dengan peristiwa sejarah.
En Abd Ghafar Baba menyampaikan ucapan sebelum Tunku mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.
Setelah pengistiharan tarikh kemerdekaan, rombongan Tunku terus berangkat ke Kuala Lumpur tetapi orang ramai yang ada terus menunggu sampai ke malam kerana pada malam itu ada disediakan “Malam Anikawarna” yang diketuai oleh Abg Ghafar Baba dan Hassan Mansor.
Tanah
Melayu akan mencapai kemerdekaan setahun setengan dari tarikh
pengisytihran itu. UMNO Melaka terus berjuang untuk mengisi kemerdekaan. Peranan UMNO Melaka semenangnya cukup banyak dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Sebahagian besarnya bermula di Melaka. Di Melakalah di mana segala-galanya bermula. Tarikh keramat telah diketahui 31 Ogos, 1957.
Majlis dan perhimpunan berjalan dengan bagitu licin dan teratur. UMNO Melaka sudah sewajarnya menerima kreditnya kerana sebahagian besar tugas mengendalikan perhimpunan yang bagitu besar dapat dikendalikan dengan sempurna, walaupun dalam
serba kekurangan. Betapa gigihnya UMNO Melaka dari ahli-ahli cawangan hingga
pemimpin-pemimpin di peringkat Bahagian tidak kenal penat lelah tidak
kira wang ringgit atau bayaran, malah keluar wang saku sendiri, tidak
kenal penat lelah bagi melihat, Negara mereka bebas dari ancaman penjajah.
No comments:
Post a Comment