HIBURAN DAN PERMAINAN TRADISI
Adalah dikatakan masyarakat Melayu tradisional sangat berminat dengan hiburan dan
Adalah dikatakan masyarakat Melayu tradisional sangat berminat dengan hiburan dan
permainan. Unsur-unsur
budaya yang boleh memberi mereka apa juga bentuk hiburan sangatlah
diminati. Sifat-sifat seperti ini sangat dirasai hingga kepada generasi
hari ini. Orang-orang Melayu dikatakan terlalu
leka dengan hiburan hingga lupa kepada tugas dan tanggungjawab. Adakah
ini diwarisi dari hasil budaya zaman silam?
Seoang ahli pelayaran barat bernama Duarte Barbosa mengatakan “ orang-orang Melayu sangat sukakan muzik dan permainan” Kenyataan ini ada benarnya. Dalam
budaya Istana muzik adalah satu yang perlu. Bagitu juga budaya dan
tradisi luar istana juga memerlukan hiburan dan mainan untuk mengisi
masa lapang mereka disamping dapat menghiburkan mereka. Budaya tradisional yang diamalkan di kampung-kampung hingga ke era ini adalah diwarisi dari budaya lampau. Banyak aktiviti yang dicipta hasil dari kreativiti mereka semata-mata untuk tujuan rekreasi.
Unsur-unsur
budaya hiburan ini yang berakar umbi di Melaka terus berkembang dan di
samping itu menerima pengaruh budaya luar dan semua aspek kesenian terus
diamal dan dilaksanakan. Banyak
pengkaji-pengkaji luar yang melihat dari ilmu Sosiologi dan Antropologi
mengatakan mereka sangat gemar pada kesenian dan permaian. Di antara
unsur-unsur kesenian dan permainan yang terdapat ialah
- Joget
- Dondang Sayang
- Ronggeng
- Dikir Barat
- Berzanji
- Bercerita
- Berteka-teki
Dengan pengaruh-pengaruh luar terdapat pula
- Wayang (Pengaruh Cina)
- Bangsawan (pengaruh Barat)
- Boria (Hindustan)
- Hadrah dan Dabus (Pengaruh Arab)
Permainan yang terdapat dalam buaya istana termasuk
- Sepak Raga
- Catur
- Bermain Gajah
- Bermain Kuda
- Sabung Ayam
Budaya dan Tradisi Istana
Istana
Melaka merupakan lambang keagungan Kerajaan Melayu di rantau ini.
Perkembangan budaya yang menyebabkan berlakunya perubahan budaya dan
tradisi istana bermula dari istana. Istana dan kawasan urban merupakan arena perubahan budaya Melaka. Fungsi istana dalam penyibaran unsur-unsur budaya amat penting. Ini adalah disebabkan golongan istana berada dalam stratifikasi sosial yang tinggi. Mereka mengamalkan nilai-nilai budaya yang sangat tinggi. Bagi
mereka budaya yang mereka lalui dan budaya yang mereka amalkan
memberikan mereka satu status yang teragung dalam seluruh empire Melayu. Ini adalah lambang kebanggan mereka.
Orang-orang Melayu gemar pada hiburan. Tambahan pula kepada golongan istana. Bagi mereka masa untuk berhibur atau masa lapang bagitu banyak, Ini adalah kerana segala urusan dijalankan oleh pembesar-pembesarnya atau pembantunya. Tambahan
pula kedudukan ekonomi mereka sangat kukuh, oleh itu mereka mampu
mendapatkan penghibur-penghibur yang ternama untuk menghiburkan mereka. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka penghibur-penghibur ini termasuk
- penyanyi
- penari
- penyair
- tukang cerita
- pemain alat-alat muzik tradisional
- pelawak
- pujangga
- pemain silap mata
Mereka yang mempunyai kebolehan dalam bidang masing-masing dianggap telah meningkat status sosialnya dan menjadi orang kesayangan sultan dan istana. Mereka berfungsi sebagai artis atau penghibur bertanggungjawab memberikan hiburan kepada golongan istana. Untuk menjadikan budaya istana ini lebih menarik mereka sentiasa menjaga mutu dan nilai seni mereka. Mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘artis istana’ . Pesembahan mereka, walau apa bentuk sekali pun, hendaklah menarik mata memandang dan sedap telinga mendengar.
Budaya
istana ini biasanya akan tertumpu di istana sahaja, namun demikian
kadangkala ia akan melimpah keluar akibat dari pertemuan dengan
orang-orang yang berpengaruh di luar istana.. Proses pengaliran keluar budaya istana ini pula akan mengubah budaya dan tradisi rakyat luar istana. Contohnya, tarian-tarian
yang pada asalnya menjadi hiburan golongan istana atau dimonopoli oleh
golongan istana melimpah keluar dan ditarikan oleh rakyat biasa seperti yang
terdapat dalam tarian Joget Lambak. Joget Lambak akhirnya ditarikan
oleh gadis-gadis kampung atau gadis luar istana sebagai hiburn masa
lapang mereka. Bagitu juga dengan permaian sepak raga yang menjadi
tradisi dan budaya istana akhirnya menjadi hak bersama. Budaya ‘The
Great Tradition ‘ dan budaya ‘ Little Tradition ’
Raja adalah lambang teragung dalam budaya dan tradisi sesebuah negara. Raja Melaka adalah orang yang berkuasa dalam empire pemerintahnya. Dia menguasai kuasa politik dan ekonomi Kekuasaan absolute ini memberikannya kekuatan menguasai budaya seluruh empirenya. Ia menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan masyarakat Melayu tradiosional. Sebab itu ‘ perintah raja mesti diturut, raja disembah dan ‘pantang derhaka’ kepada raja. Raja memegang kuasa kehakiman. Jika ia kata ‘bunuh’, ‘mati’ sahaja jawapannya.
Raja banyak dibantu oleh pembesar-pembesarnya. Oleh itu masa terluang bagi mereka banyak dan menjadi ‘past time’ mereka. Masa
lapang ini diisi atau dipenuhkan dengan hiburan-hiburan. Hiburan ini
selain dinikmati pada masa lapang, terdapat juga hiburan-hiburan pada
hati-hari perayaan atau upacara tertentu. Terdapat
berbagai-bagai jenis hiburan atau budaya seni dipertuntunkan seperti
nyanyian, tarian, bermain alat-alat muzik, bermain teka teki, bermain
catur, sepak raga dan sebagainya.
Di samping itu tradisi raja juga menunjukkan yang golongan istana ini ada kegiatan atau aktiviti di luar istana. Salah satu aktiviti yang popular di kalangan raja-raja ialah berburu. Mereka
berburu bukan sahaja untuk mendapatkan haiwan buruan tetapi mereka juga
berminat untuk mencari dan mengutip kulit-kulit kerang, mengutip telur penyu dan menangkap ikan.
Raja
juga suka berkelah dan melawat tanah jajahan takluknya sebagai aktiviti
menghabiskan masa lapang mereka dan menjadikannya sebagai aktiviti
keseronokan dan menghiburkan. Di mana-mana mereka
pergi pembesar-pembesar yang dilantik menjaga tanah jajahan itu sedaya
upaya mengadakan program yang memberikan keseronokan dan hiburan
kepadanya, Biasanya disedikan makanan yang enak-enak, khasnya makanan yang popular di daerah itu, nakanan yang yang
digemarinya, mengadakan tarian dan nyanyian oleh gadis-gadis jelita
dari jajahan itu, tempat dan rihat dan beradu yang selesa dan menarik.
Selain
dari hiburan masa lapang terdapat juga hiburan-hiburan yang diadakan
pada hari-hari perayaan seperti hati pertabalan raja-raja, hari
perkhawinan di raja, Anugerah gelaran, hari berkhatan, Hari adat
mencecah tanah, Hari adat puleh umur, menyambut tetamu luar. Dalam majlis-majlis seperti ini sambutan digambarkan seperti berikut
- membedil meriam dengan das-das yang tertentu
- diiringi dengan alat-alat muzik seperti gendang, gong, serunai, nafiri dan harbab
- Berbagai muzik dan tarian
- Mereka
yang mempunyai kepandaian masing-masing mempersebahkan permainan
masing-masing seperti silap mata, beradu tenaga, silat pencak dll.
Dalam bidang permainan pula diadakan pertandingan dan pertunjukan
- bermain gajah
- bermain kuda
- sabung ayam
- sepak raga
Perayaan ini tidak habis dalam masa yang singkat. Sekurang-kurang 3 hari atau 7 hari. Sejarah Melayu mecatatkan “ ….
Upacara bertindik puteri Sultan Pahang dengan berbagai-bagai kesukaan
seperti bunyi-bunyian, tepuk tari, dll. Mengikut adapt-adat raja yang
besar….” Dalam majlis ini bermacam makanan disediakan.. Lihat bagaimana digambarkan dalam Hikayat Hang Tuah mengenai hiburan dalam perayaan ini,
“ ……maka minumlah terlalu ramai beranggap-anggapan. Maka bunyi-bunyian dipalu oranglah terlalu ramai, maka berahilah. Ada yang menari, ada yang menggigal, ada yang bertandak, ada yang bermain tombak di atas kuda dan ada yang bermain rakat…..”
Golongan pembesar istana sangat suka menari dan menyanyi dan tradisi ini digemari hingga ke jenerasi hari ini. Dalam datu majlis pula digambarkan ‘
“ Maka rebana pun berbunyilah kelimanya sekali. Maka
biduan itu pun bernyanyilah terlalu merdu suaranya, maka Tun Jenal pun
bangkit menari dua tiga langkah dinggakannya kepada Laksamana. Laksamana
pun bangkit menari, seta membaiki panjang kainnya dan mengiringkan
keris panjangnya……… Maka Laksamana pun menarilah terlalu manis tariannya tiada pernah orang Inderapura melihat tarian seperti tari Laksamana itu….. “
Selkain dari itu mendengar hikayat juga menjadi hiburan raja-raja. Salah seorang pembaca hikayat yang terkenal ialah Hang Jebat, Beliau boleh bercerita dengan nada suara yang sayu dan memilukan, suka, saying dan berbagai-bagai gaya. Sultan sangat suka mendengarnya hingga sultan tertidur diatas pehanya,….”
Muzik yang paling utama dalam istana ialah NOBAT. Nobat ialah muzik yang melambangkan kebesaran raja Melayu. Ianya hanya dimainkan pada majlis tertentu sahaja. Dalam zaman kesultan Melayu Melaka nobat telah diwujudkan, Pertabalan raja-raja Melaka disertai dengan nobat. Setelah
Melaka diserang oleh Portugis, Sultan Mahmud telah membawa
bersama-samanya alat muzik tradisional ini berundur dari Melaka.
Nobat terdiri dari alat-alat muzik seperti
- Gendang
- Serunai
- Nafiri
- Negara
- Madeli
Sebelum Sultan Mahmud mangkat di Pekan Tua, Kampar, Sumatera, orang-orang
Perak datang menemui baginda agar baginda mengizinkan salah seorang
puteranya menjadi raja di Perak. Pada tahun 1528 Raja Muzaffar, putera
Sultan Mahmud telah dinobatkan sebagai Sultan Perak yang pertama.. Adalah dilaporakan
“ Raja Muzaffar Syah telah belayar ke Perak membawa bersama-samanya NOBAT MELAKA”
Tradisi budaya Nobat Melaka yang digunakan selama hampir 100 tahun di Melaka akhirnya diteruskan oleh Perak.
Alat
muzik tradisional istana ini sangat penting terutama dalam majlis dan
istiadat menyambut utasan luar yang datang, menyambut surat-surat yang
penting. Sejarah Melayu menggambarkan
“ …. Maka surat diambut dibawa naik ke atas gajah naka diarak dengan paying putih dua berapit.. gendang serunai, nafiri, Negara….”
Nobat
dan bunyi bunyian istana sangat duperlukan bukan sahaja sebagai hiburan
tetapi juga digunakan bagi perayaan dan untuk peristiwa-peristiwa
tertentu dalam masyarakat istana itu.
Kini kita lihat pula the Little Tradition Continuue atau budaya rakyat. Dari segi bilangan, mereka yang mengamalkan budaya dan tradisi rakyat lebih ramai dari mereka yang mengamalkan budaya istana. Rakyat tinggal di luar kota, di desa-desa atau di pendalaman. Mereka mengikut kelompok atau puak keluarga masing-masing. Mereka dipimpin oleh ketua-keluarga atau ketua kelompok. Kekuatan dan status keluarga itu bergatung pada besar kecilnya kelompok itu dan juga pengaruh ketua mereka.
Selain dari ketua terdapat juga pakar-pakar tertentu dalam keluarga itu yang menguruskan kelompok itu. Biasanya ada pawang atau bomoh kampung. . Dia
bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan
dan gangguan makhluk halus. Mereka percaya semua penyakit ada hubungkait
dengan kuasa luarbiasa atau makhluk halus. Mereka dalam zaman ini diibaratkan seperti doktor. Bezanya Pawang atau Bomoh ini boleh menguasai alam ghaib. Terdapat juga Imam dan Bilal yang menguruskan hal-hal agama dan pelajaran. Belajar sembahyang, membaca Al Quran, sembahyang semuanya di bawah tanggungjawab Imam dan pegawai agama ini. Bidan kampung untuk menguruskan ibu-ibu yang mengandung dan yang bersalin. Mak Andam dan Pak Andam akan menguruskan hal-hal perkahwinan dan menjaga dan menghiaskan pengantin. Mereka ini dianggap sebagai ketua atau pemimpin di kampung atau orang tua-tua kampung.. Di samping mereka terdapat ketua kelompok. Dalam era ini dinamakan Penghulu. Penghulu menjaga keamanan dan keselamatan kampung.
Masyarakat Melayu lama amat percaya kepada kuasa mistik. Pawang dan Bomoh sangat-sangat dihormati. Ada bergantung hidup pada pawang dan bomoh. Sakit sedikit atau ditimpa bencana sedikit telah merujuk pada bomoh. Bomoh menjadi figure, yang sangat dihormati. Boleh dikatan setiap kampung ada ‘Pawang Kampung. Ini adalah kerana masyarakat Melayu amat rapat dengan alam ghaib atau kuasa luar biasa. Mereka
percaya setiap benda yang ada di atas dunia ini ada mekhluk
penunggunya. . Tradisi ini dipercayai diwarisi sejak dari zaman
Parameswara lagi. Walaupun setelah Islam bertapak di Melaka kepercayaan
ini menjadi budaya dan tradisi hidup mereka. Kepercayaan ini melalui satu zaman yang lama dan terus hidup hingga ke masa kini. Kuasa mistik ini sukar dipinggirkan oleh masyrakat Melayu kecuali bagi mereka yang kuat pegangan agamanya.
Budaya dan tradisi rakyat ini dikaitkan rapat dengan alam luar biasa. OLeh
itu setiap gerak dan langkah ada serapah dan jampinya. Contohnya,
pengantin hendak berandam ada serapah jampinya, hendak memakai baju ada
serapah jampinya, hendak turun tangga, hendak bergerak, hendak naik
pelamin dan masuk bilik semuanya ada serapah jampinya. Asap kemenyan dan sireh jampi mesti ada sentiasa sebagai pengantaraan menghubungi alam ghaib dengan manusia. Is diadakan bagi mnentukan semuanya berjalan dengan baik. Jika bemain senjata, senjata itu perlu diusap dengan kemenyan terlebih dahulu. Inilah budaya yang diwarisi sejak dahulu dan ada yang terus diamalkan hingga kini
Dalam konsep kepercayaan ini mereka yakin setiap apa yang dilakukan dan di mana mereka berada, ada hubungan dengan kuasa ghaib. Contohnya dalam aktiviti pertanian, seperti menanam padi, dikatakan ada semangat padi. Semangat ini perlu dipulihkan dahulu dan satu majlis memulih semangat padi diadakan sebelum turun ke sawah. Bagitu
juga sebelum menuai pada ada upacaranya yang dilakukan dalam hubungan
dengan kuasa ghaib ini. Ini lah kepercayaan masyarakat Melayu yang
diwarisi sejak dahulu.
Hendak mendirikan rumah ada prosedurnya
Hendak turun ke laut ada prosedurnya bagi mengelakkan dari gangguan ‘hantu laut’
Hendak membuka lading ada prosedurnya.
Hendak membuang air kecil di merata tempat ada prosedurnya
Pendek
kata apa sahaja yang dilakukan hendaklah dapat izin atau hendaklah
sesuai dengan tempat masa dan keadaan seperti yang ditentukan oleh
pawang.
Nasihat pawang tidak boleh dibantah Takut-takut ditimpa balak bencana kemudiannya. Bagitulah kuatnya kuasa pawang atau Bomoh. Bila
pawang itu meninggal dunia, kuburnya dipelihara dibesarkan,
dipanjangkan dan dihiasi dan dilawati dan dianggapnya sebagai keramat. Ada yang terus meminta pertolongan membawa air, kemenyan, bertih pisang atau sebaginya, seolah-olah ianya masih hidup.
Di Melaka terdapat “Pesta Mandi Safar” Pesta ini tidak terdapat di mana-mana negeri di Tanah Melayu. Ia dikatakan berasal dari Melaka dan budaya jati rakyat Melaka.
Kereta Lembu pengangkutan yang penting dalam Pesta Mandi Safar
Pesta Mandi Safar adalah satu perayaan masyarakat Melayu yang telah diwarisi dari zaman ke zaman. Tidak dapat dikesan bilakan pesta itu bermula. Namun demikian kita yakin ianya bermula dari Melaka. Pesta ini diadakan setiap tahun dalam bulan SAFAR. Ia diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu sepanjang bulan Safar. Biasanya ada 4 malam Rabu sepanjang bulan Safar itu. Kemuncak pesta ini ialah pada malam Rabu terakhir dalam bulan Safar itu.
Di
Melaka, pada malam Rabu yang pertama diadakan Pesta Mandi Safar di
merata tepat termasuk Batu Gajah, Merlimau, Pdang Temu, Tanjung Bidara
dan beberapa tepat lagi yang dikelolakan oleh masyarakat setempat. Pesta
ini merupakan pesta ‘peringkat tempatan’. Ianya dihadiri oleh masyarakat di sekitar tempat itu sahaja. Ia juga boleh dikatakan sebagai peringkat ‘rehersal’ sebelum mereka perigi ke peringkat menengah dan peringkat akhir. Tujuan
diadakan pesta di peringkat ini ialah untuk memahir dan mematapkan
geraktari dan mengingatkan kembali lagu dan pantun yang akan digunakan
pada perinkat menengah di Pulau Besar dan juga pada peringkat akhir di
Tanjung Keling.
Pada perinkat pertengahan pula, iaitu pada hari Selasa malam Rabu yang ketiga, peminat-peminat Pesta Madi Safar akan bertumpu di Pulau Besar. Pangkalan-pangkalan
yang biasa digunakan untuk ke Pulau Besar ialah Kuala Sungai, Sebatu,
Sempang, Serkam, Umbai, Pernu, Teluk Mas, Duyung dan Melaka. Bagi mereka yang tidak hendak ke Pulau Besar boleh berpesta di Duyung.
Kemuncak
segala Pesta Mandi Safar di Melaka pada hari Selasa Malam Rabu yang
keempat atau malam Rabu terakhir di Bulan Safar itu. Ianya diadakan di
Tanjung Keling. Tg.Keling terletak kira-kira 10 km dari Bandar Melaka. Pantainya berpasir dan terdapat kampung nelayan di situ.
Sebelum pesta Mandi Safar itu peasent-peasent Melayu khususnya petani dan nelayan akan menghiasi kereta-kereta lembu mereka. Kereta lembu ini akan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan mereka ke Tanjung Keling. Mana-mana
bahagian kereta lembu yang buruk dibaiki, dinding-dinding kereta lembu
dicuci dan di warnakan dengan warna yang menarik. Kajang-kajangnya
diganti dan dihisi dengan bunga-bunga yang diperbuat dengan kain atau
kertas warna. Keliling kereta lembu dihiasi dengan bunga-bunga supaya
keluhatan menarik. Semuanya dilakukan secara gotong royong.
Lembu-lembu juga dimandikan dan disapu dengan minyak. Tanduk lembu dan kuku lembu juga dicuci dan dikilatkan. Dihujung tanduk lembu diletakkan bunga agar menjadikan pesta itu lebih meriah dan ceria lagi.
Sahari dua sebelum pesta itu, mereka telah bertolak dari kampung masing-masing. Beberapa buah kereta lembu bergerak dalam ‘konvoi’ masing-masing. Biasanya gadis-gadis desa yang selama ini dipingit memenuhi ruang-ruang di dalam kereta lembu itu. Selain dari itu terdapat perempuan-perempuan dewasa yang diamanah untuk menjaga gadis-gadis tersebut. Konvoi-konvoi ini akan bertemu dengan konvoi-konvoi dari kampung lain dan ini mejadikan ia lebih meriah lagi. Konvoi-konvoi iyu bergerak sepanjang malam dalam suasana yang meriah.
Sepanjang jalan ke Tanjung keeling mereka berdondang sayang dan berpantun diiringi dengan gong, gendang, rebana dan biola. Dari
jauh kedengaran bunyi gong menunjukkan ada kereta lembu yang telah
mulakan perjalanan ke Tanjung Keling. Di Tanjung Keling terdapat beberpa
buah panggung didirikan untuk tunjuan menari joget dan pesta ronggeng. Panggung
ini khas untuk menari antara lelaki dan perempuan. Penari-penari
disediakan dan mereka yang ingin menari dikenakan bayaran tertentu. Ini sebagai tambahan kepada pesta itu.
Kereta-kereta lembu yang sampai ke Tanjung Keling membuat gelanggangnya sendiri. Beberapa buah kereta lembu dari konvoi masing-masing membuat satu kepungan. Di tengah-tengahnya di buat gelanggang untuk Joget Lambak. Oleh kerana banyak konvoi kereta-kereta lembu maka terdapat banyak gelanggang Joget Lambak.
Dalam pesta joget lambak hanya gadis-gadis sahaja dibenarkan menari . Pemuda-pemuda tidak dibenarkan masuk menari bersama. Pemuda-pemuda hanya dibenar menjadi pemantun dan penonton. Bagitu
juga pemain alat muzik yang terdiri dari orang lelaki tidak boleh masuk
menari, Mereka hanya bermain alat muzik dan juga boelh jadi pemantun.
Sebaik sahaja gendang dipukul, biola digesek dan gong dipalu, gelanggang akan menjadi tumpuan. Gadis-gadis mula masuk gelanggan menari dan terus menjual pantun. Tujuan membuka pantun ialah mengharapkan ada lelaki yang di luar gelanggang menjawab pantunnya. Pantun-pantun itu berkait dengan sindir menyindir dan usik mengusik. Lama kelamaan akan masuk pada soal cinta dan sayang.. Kadang-kadang hingga larut malam atau sampai pagi.
Penonton yang tidak berpantun turut menceriakan majlis dengan menepok tangam dan bersorak sambil meniup jari. Ada yang turut membantu rakannya yang berpantun ketika rakannya kehabisan idea. Gelanggang
yang mempunyai penari-penari yang cantik dan pemantun-pemantun yang
baik akan kekal hingga ke pagi. Pada subuh pagi rabu kebanyakan mereka
akan turun dan mandi laut sebagai memenuhi sebahagian dari upacara mandi
safar. Apabila dikatan mandi safar mereka hendaklan mandi. Ini sebahagian dari upacara tersebut.
Bergembiralah
mereka sepanjang tanpa tisur, sepanjang malam mereka berpesta dan
pemuda-pemuda mengambil pelung untuk mencari gadis-gadis sebagai jodoh
mereka. Ada juga orang mengatankaan pesta mandi safar sebagai ‘pesta mencari jodoh’.
Ada
jugayang mengatakan Pesta Mandi Safar ini juga adalah satu perayaan
yang diwarisi dari zaman ke zaman ini berunsur kehinduan. Sebelum
kedatangan Islam banyak amalan-amalan dan adapt-adat di zaman
Parameswara diteruskan. Setelah datangnya Islam
mana-mana amalan dan adapt yang dianggap tidak abertentangan dengan
aqidah Islam diteruskan. Adakah Pesta Mandi Safar ini menyamai amalam
adapt dan perayaan yang diamalkan oleh pengikut agama Hindu?
Bagi
orang-orang Hindu mereka percaya kepada upacara menebus dosa atau
mencuci dengan dengan cara mencelupkan badan mereka di Sungai suci. Sungai suci itu ialah Sungai Ganges. Peristiwa itu biasanya dilakukan di Bandar suci mereka iaitu di Benares. Orang-orang Hindu yang jauh biasanya datang ke Benares
dengan menggunakan pengangkutan tradisional mereka iaitu kereta lembu
yang dihias cantik. Lembu-lembu mereka dan keretanya dihisi indah untuk
memeriahkan lagi pesta menebus dosa itu. Sebelum mandi mereka adakan tarian keagamaan dan nyanyian lagu-lagu suci mereka.
Jika
dilihat secara kasar sememang ada kesamaan pesta ini dengan dengan
pesta atau perayaan yang diamalkan oleh penganut agama Hindu itu. Bagi setengah-setengah oerang Melayu Mandi Safar juga sebagai acara memohon dibersihkan dari dosa. Kemungkinan persamaan ini amat besar kerana ia diwarisi lebih awal lagi. Jika amalan ini diwarisi zaman kerajaan Melaka Hindu (sebelum Parameswara memeluk Islam) anggapan ini betul. Ia
adalah majlis menebus dosa ketika zaman awal Melaka dibuka dan
diteruskan warisan ini dengan intrepitasi yang sama tetapi dilihat dari segi
Islam dan disesuaikan dengan budaya Melayu. Lagu suci Hindu ditukar
kepada dondang sayang dan tarian keagamaan ditukar kepada Joget lambak. Mandi dilakukan di laut, sungai atau perigi. Fungsinya seolah-olah sama dan intepritasinya berbeza. Jika
teori ini betul soalan pertama bilakan Mandi Safar ini Bermula sudah
terjawab. Ia bermula dalam zaman kerajaan Melaka di bawah pemerintahan
Parameswar, sebelum beliau menganuti Islam. Pesta
zaman Parameswara ini diadakan di Tanjung Keling dan pesta ini
diteruskan di zaman pemerintahan Islam di tempat yang sama kerana mereka
beranggapakan tidak ada pertentagan aqidah dalam pesta itu.
Kini
Pesta Mandi Safar dianggap bertentangan dengan aqidah Islam keranan
banyak maksiat berlaku. Dalam tahun 1970 ia berubah corak dan dijadikan
Pesta yang lebih tersusun pengelolaannya dan di namakan PESTA BUDAYA. Pesta
Budaya ini diadakan di Pantai Kundur. Pesta ini lebih hebat dan lebih
banyak membawa keburukan. Oleh itu ditukarkan dengan konsep baru itu
PEKAN BUDAYA, juga dapat tentangan dari masyarakat. Dengan ini Pesta Mandi Safar tinggal dalam lipatan sejarah budaya orang Melayu Melaka.
Puisi dalam Masyarakat Melayu
Dalam
budaya dan tradisi istana banyak sekali banyak peristiwa-peristiwa dan
cerita-cerita yang ditulis mengenai mereka tetapi budaya dan tradisi
rakyat jelata banyak yang terlepas pandang. Tidak ada pujangga dan penulis hikayat yang menulis tentang kehidupan rakyat Melaka pada zaman kesultanan Melaka. Mereka menulis dan merakamkan hal-hal istana dan raja-rajanya. Namun demikian budaya dan tradisi golongan bawahan ini dapat diketahui melalui tradisi lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.
Budaya istana jauh bezanya dengan budaya luar istana. Budaya luar istana mempunyai tradisi dan budayanya sendiri, hidup sendiri dalam kelopok masyarakat masing-masing. Mereka mengamalkan kegiatan ekonomi secukup hidup yang simple. Rata-rata mereka hidup sebagai petani dan nelayan yang miskin dan tinggal di rumah-rumah yang simple. Sebagai seorang petani dan nelayan mereka mempunyai masa lapang yang banyak. Pada masa lapang inilah mereka menghiburkan hati mereka dengan berbagai aktiviti hiburan dan permainan. Masa lapang ini juga memberikan mereka ruang untuk berfikir dan berkarya bagi menghasilkan berbagai unsure seni dan budaya.
Pada zaman dahulu banyak terdapat cerita-cerita dongeng rakyat dalam bentuk lisan yang diceritaka dari mulut ke mulut.. Cerita-cerita
ini diceritakan kepada anak cucu mereka pada waktu yang tertentu
seperti ketika hendak tidur dan diceritakan oleh tukang-tukang cerita
dalam maslis-majlis tertentu seperti ketika menunggu nasi dan lauk masak
di majlis perkahwinan.
Dalam satu cerita Istana digambarkan Hang Jebat bercerita. Hang Jebat sangat pandai bercerita. Beliau padai bermain dengan suara dan gaya bercerita, Bila beliau bercerita ramai orang yang hiba dan sayu terutama sampai bahagian yang sedih dan ceritanya dikatakan sangat sedap. Sultan turut mendengar ceritanya dan akhirnya sultan tertidur di riba Hang Jebat, Bagitulah hebatnya tukang cerita pada waktu itu. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada rakyat. Apabila
cerita bau belah batu bertangkup atau cerita Bawang Putih dan Bawang
Merash diceritakan ramai penbdengar yang menangis. Ini terletak pada
kepada kepandaian tukan cerita.
Apakah motif yang terdapat di sebalik bercerita dalam masyarakat lama itu? Bercerita bukan setakat memberi hiburan dan keseronokan kepada pendengar tetapi juga menyampaikan mesej cerita dan juga memberi pengajaran kepada rakyat.
Seni
suara juga sangat diminat oleh golongan bawahan ini Mereka bernyanyi
ketika menidurkan anak-anak mereka. Mereka bernyanyi ketika bermain di
waktu petang. Terdapat nyanyian di majlis-majlis perkhawinan. Mereka bernyanyi, berpantun dan menari dalam majlis joget lambak. Dalam
majlis yang berkaitan dengan agama terdapat bezanji, qasidah, bersyair,
marhaban dan ketika hendak belajar agama mereka bernazam.
Bagi
menjadikan majlis lebih menarik dan seronok, majlis tari menari sesama
ahli kelompok di adakan. Boleh dikatakan semua kelompok family dam
sesuatu daerah ada tarian dan nyanyian masing-masing. Pada hari perayaan
masing-masing mereka akan menyanyi dan menari sambil mengadakan jamuan
makanan.
Mereka juga mencipta berbagai-bagai jenis permainan untuk menjadi penghibur kepada masyarakat mereka. Permainan
dan seni biasanya berbeza dari satu tempat dengan satu tempat. Apabila
berla pertembungan budaya mereka akan mengubahsuaikannya dan akhirnya
diterima oleh semua pihak.
Ahli
masyarakat yang pandai dalam sesuatu bidang terus menyumbangkan
pertunjukan mereka atau khidmat mereka tanpa sebarang bayaran tetap.
Sumbangan mereka tidak ada nilai ekonomi. Pemain alat-alat muzik dalam
satu-satu keramaian hanya diberikan minuman dan makanan sahaja. Bagitu juga bomoh dan pawing diberikan wang pengerasnya sahaja. Wang pengeras ini sangat kecil nilaynya jika dibandingkan dengan usahanya. Mereka yang pandai bersilat diberikan tepukan. Oleh
itu sumbangan yang diberikan oleh masyarakat luar istana ini hanya
semata-mata untuk hiburan orang ramai dan sumbangan kepada mereka tidak
ada nilai komersial pun.
Jika
yang bermain gendang, bocor gendangnya, yang bermain biola, putus
biolanya mereka terpaksa membaiki dengan belanjanya sendiri. Tidak ada kos pengankutan, tidak ada elaun makan dan tidak ada apa-apa bayaran pun diberikan kepada pengiat-pengiat seni. Bagi mereka sumbagan tenaga untuk menghiburkan ahli masyarakaynya adalah lebih utama. Di istana mereka yang menyubangkan hasil seninya diberikan penghormatan dan meningkat status sosialnya di kasihi oleh sultan..
terima kasih,sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk membuat kerja kursus
ReplyDelete