Pages

Monday, 29 October 2012

Rombongan Menyambut kepuangan Missi Merdeka di Melaka

Hendak tahu berapa buah kereta yang digunakan untuk mengirigi Tunku Abdul Rahman dan ahli Rombongan Kemerdekaan di Melaka pada 20 Februari 1955 ikuti penerangan di bawah





Pemuda bermotosikal diketuai oleh Cikgu Ahmad Marzuki mendahului perbarisan


Barisan Kehormat di Lapangan Terbang Batu Berendam di adakan. Barisan ini diwakili 5 orang pemuda dari tiap-tiap cawangan dan diketua oleh Abdul Bin Chudang dan dibantu oleh Harun Pit, Samah Abd Aziz dan Salleh Kassim

Barisan Kereta: Dalam barisan kereta Perikatan telah menyediakan 30 buah kereta untuk mengangkut ‘Missi Merdeka” dan pegawai-pegawai Tinggi Perikatan dari seluruh Malaya yang mengiringi Tunku dari Batu Berendam ke Banda Hilir.

Ketetapan Kereta:

Kereta Pertama : Tuanku Abd Rahman akan berdiri bersama-sama seorang wakil raja-
Raja dan Pengerusi UMNO Bahagian Melaka.

Kereta Kedua: 2 orang anggota ‘Missi Merdeka’ – Kereta dipandu oleh Tan Siew Sin

Kereta Ketiga: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Othman Shawal

Kereta Keempat: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Goh Che Yan

Kereta Kelima : 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh V.Allagapan

Kereta Keenam: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh A.Rahman Acton

Manakala kereta-kereta yang lain membawa pegawai-pegawai perikatan. Selain dari kereta yang 30 biji yang ditetapkan , kereta-kereta lain juga dibenarkan menyertai perarakan tetapi mereka tidak dibenarkan masuk ke Banda Hilir kerana masalah tempat parking.
                            Ini adalah kereta pertama yang membawa Tunku Abdul Rajman

Bagaimana gigihnya Barisan Nasional/Parti Perikatan berganding bahu menyambut kepulangan Misi Merdeka itu.  Jasa mereka tetap dikenang demi perpaduan dan keamanan negara.


Minit Mesyuarat UMNO Melaka Pertama

Minit Mesyuarat J/Kuasa UMNO yang paling awal;


Di atas menunjukkan minit mesyuarat Jawatankuasa UMNO pertama Ref:No (9) in UMNO (M) /SUN-22/48  bertarikh 4 Disember 1948. Surat dari Pejabat UMNO Melaka, No 47 Mill Road Melaka  kepada Setiausaha Agong  UMNO Malaya yang berpusat di Ipoh.

Bersama surat itu terdapat nama 17 orang anhli UMNO Melaka terawal bersama dengan Nombor ahli dan yuran masuk.

                                                              No Ahli
1.   Talib Bin Majid                                24001
2.  Mohd Alimin Bin Muhammad            24002
3.  Yahya Bin Hashim                             24003
4.  Mohd Ali Bin Maidin                         24005
5. Aminuddin Bin Abd Manaf                  24007
6.  Khalid Bin Anuar                               24008
7.  Abdullah Bin Ismail                            24009
8.  Abd Latiff Bin Hashim                       240010
9.  Abd.Rahman Bin Khamis                    240013
10. Ahmad Bin Jamal                               240021
11.  Merah Bin Mahat                              240041
12.  Abd Manaf Bin Muhammad               240042
13. Abdul Bin Sahamin.                            2400 44
14.  Mohd Yusof Bin Abdul Hamid           240045
15.  Mohd Jani Bin Manas                        240046
16. Md Sudin Bin Abd Rahman                240062
17. Hj Mokhti Bin Abd Hamid                  240069

Di atas adalah sebahagian dari ahli UMNO Melaka yang paling awal. Senarai lanjut ada dalam simpanan saya. Lihat bagimana pemimpin-pemim[in lama yang menubuhkan UMNO untuk'servival' bangsa dan agama mereka serta generasi mereka.

Mengenali Sultan-Sultan Melaka

Mengenali Sultan-Sultan Melaka

Pemerintah Pertama: Parameswara (Iskandar Syah ( ---- - 1414)
                                Pa-li-mi-su-la (Sumber Cina)
                                Paramicura (Sumber Portugis)

Pemerintah Kedua: Megat Iskandar Syah (1414 -  1424)
                                Sultan Ahmad (Nama sebenar)
                                Raja Besar Muda (Nama Timang-timangan)

Pemerintah Ketiga:  Seri Maharaja (1424 - 1445)
                               Sultan Muhamma (Nama Sebenar)
                               Raja Tengah (Nama Timang-timbangan)

Pemerintah Keempat: Sultan Abu Syahid (1445 - 1446)
                                Raja Ibrahim (Nama Sebenar)

Pemerintah Kelima:  Sultan Muzaffar Syah (1446 - 1456)
                                Raja Kassim (Nama Sebenar)

Pemerintah Keenam: Sultan Mansutr Syah (1456 - 1477)
                                Raja Abdullah (Nama Seenar)

Pemerintah Ketujuh: Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 - 1488)
                                Raja Husin (Nama asalnya)

Pemerintah Kelapan: Sultan Mahmud Syah (1488 - 1511)
                                Raja Mahmud (Nama asalnya)

Pemerintah terakhir? Sultan Ahmad ( 1511 - 1511)
                                  \Raja  Ahmad (Nama asalnya)


Perhatian tentang raja terahir ini ada kontraversinya. Akan dibincangkan nanati.

Ada pendapt baru bahawa ada sumber menyatakan yang Melaka dibuka lebih awal dari tarikh yang tersebut di atas. Namun demikian akan dibncangkan.
:

Friday, 12 October 2012

Akhbar SUARA BENAR (Melaka) 1932

Wednesday, January 28, 2009 | | | |
AKHBAR SUARA BENAR (Surat Khabar Pertama di Melaka)
Permulaan Nasionalisma Melayu Melaka
Selepas Perang Naning (1830 – 1832) dan Perang Rokam 1887 di Serkam Melaka tidak ada kedengaran lagi peristiwa orang-orang Melaka menentang penjajah secara terbuka. Satu fenomena baru timbul apabila wujudnya sistem pendidikan formal yang akhirnya melahirkan golongan–golongan elit Melayu Melaka. Sejak dari awal abad ke 20 terdapat elit Melayu yang berpendidikan Melayu, Inggeris dan Arab. Mereka inilah yang bangkit untuk membena kesedaran bangsa mereka.
Kesedaran awal dapat dilihat dalam tahun-tahun 1920an dan 1930an . Pada waktu itu tidak ada sebarang pertubuhan politik yang yang ditubukan di Melaka. Pertubuhan yang ada dan direkodkan dalam Pendaftaran ialah di antaranya,

Pelatih Adab – 1909 di Limbungan
Jami Al-Bariwah Bihar Club – 1909 di Tengkerah
Narul Mathom Club – 1911 di Umbai
Mohamedian Club – 1913 di Tanjung Keling
Persenangan Association – 1920 di Lereh
Setia Jaya Club – 1922 di Pulau Sebang
Seri Penghibur Club – 1923 di Serkam
Sentosa Persenangan Club – 1923 di Pengkalan Rama
Pelatih Setia Club – 1927 di Masjid Tanah
Perkumpulan Khairat Kematian - 1938 di Serkam
Malacca Motor Muslim Association – 1939 di Wolferston Road

Ini adalah merupakan pertubuhan yang menumpukan hal-hal sosial termasuk riadah, rekreasi dan kebudayaan. Pertubuhan-pertubuhan ini adalah pertubuhan sosial yang diluluskan oleh pihak British.
Oleh kerana tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan bagi membela bangsa mereka , golongan-golongan elit ini telah menggunakan ruang-ruang akhbar tempatan. Akhbar yang wujud pada awal tahun 1930an itu ialah ”SUARA BENAR’ Akhbar tersebut diterbitkan pada 2 September 1932 (Jumaat). Dalam akhbar Suara Benar inilah dimuatkan berita, artikel, karangan, hal-hal yang berkaitan dengan seni, kebudayaan dan agama. Banyak juga yang membicarakan tentang nasib bangsa Melayu. Melaka. Suara Benar menjadi tempat elit-elit Melayu melahirkan perasaan dan menanamkan semangat kebangsaan dan kesedaran orang-orang Melayu Melaka.
Akhbar
SUARA BENAR
Akhbar pertama di Melaka
2.9.1932 - 28.2.1933
(Jumaat) ( Selasa
Motif utama, selain dari menyampaikan berita terkini, juga memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu tentang nasib dan masa hadapan mereka. Berbagai-bagai polimik terdapat dalam suara benar. Soal-soal Melayu dan Malayan, soal rakyat dan kerayatan , soal hak dan kewajipan, soal perjawatan dan soal ekonomi menjadi topik yang didebat antara Suara Benar dengan Malacca Guardian. Sambutan orang ramai terhadap Suara Benar amat mengalakkan. Ini dapat dilihat respon mereka melalui surat dari pembaca. Malangnya usia Suara Benar tidak lama. Atas sebab-sebab yang kurang jelas akhbar ini menamatkan perkhidmatannya pada 28 Februari 1933 (Selasa) setelah menerbitkan 51 keluaran.
Contoh artikel dalam Suara Benar yang merakamkan kedudukan orang-orang Melayu yang sentiasa tercicir dan dicicirkan oleh pihak Beritish. Suara Benar bertarikh 23 Oktober 1932 mendedahkan kedudukan orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan dalam tahun 1932.
Pekerjaan India Cina Melayu
Pengurus Umum 27 34 8
Ketua Pegawai 4 114 426 668
Jabatan Jurutera 4 814 109 287
Keretapi 1 545 493 154
Jabatan Simpanan 104 19 15
Jabatan Kesihatan 99 1 5
Telefon 407 27 89
Jabatan Binaan 499 493 40
Jumlah 12 113 1 613 1 472



Statistik di atas jelas menunjukkan bilangan orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan jauh ketinggalan berbanding dengan kaum India. Jika ini tidak dikawal sejak tahun 1930an lagi sudah pasti orang-orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.
Mereka yang banyak menyumbangkan artikel-artikel, rencana, dan berita terdiri dari elit-elit Melayu yang berpendidikan Melayu, Inggeris dan Arab. Antara mereka terdiri dari pengarangnya sendiri iaitu:
Hj Taib Hj Hashim (Didikan Inggeris dan Ahli perniagaan yang berjaya)
Hj Jeti Hj Ahmad (Guru Lepasan Maktab Melayu Melaka 1918-1920)
Sheikh Omar Bin Sheikh Ahmad (Ahli perniagaan)
Hj Omar Bin Hj Othman (Tokoh Agama)
Daud Manas (Guru - Pemberita bagi kawasan di daerah Jasin)
Salleh Mohd Arif (Guru - Pemberita bagi kawasan di daerah Alor Gajah)
Tamby Chik Karim dan Yaakub Manaf (bagi kawasan Masjid Tanah)
Selain dari penulis dan pemberita dari negeri Melaka sendiri banyak sumbangan-sumbangan
artikel dari luar Melaka sebab akhbar ini diedarkan ke seluruh Semenanjung, Singapura Sarawak
dan Brunei.
Hj Latiff Bin Tamby Hj Taib Bin Hj Hashim
Seorang ulamak dan hartawan Melaka
Penerbit dan Pengarang SUARA BENAR




Tuan punya Lattefiah Press Melaka
yang menerbit SUARA BENAR
Akhbar Suara Benar:
Akhbar ini dicetak dan diterbitkan oleh Lattefiah Press Melaka. Ia dikeluarkan dua kali seminggu setiap hari Jumaat dan Selasa. Harganya 10 sen senaskhah. Akhbar bertulisan jawi ini diketuai oleh Haji Mohd Taib Bin Hj Hashim. Beliaulah penerbit dan juga pengarangnya. Percetakan ini dimiliki oleh seorang saudaga Melayu Melaka Tuan Haji Abd Latif Tamby. Beliau adalah seorang ulama pedagang yang lahir di Tengkerah Melaka pada tahun 1850 dan meninggal dunia pada 1938.
Suara Benar merupakan permulaan kelahiran semangat nasionalisma orang-orang Melayu Melaka. Melalui akhbar inilah mereka dapat melahirkan perasaan mereka sambil memperjuangkan hak orang-orang Melayu Melaka. Melihatkan kejayaan orang-orang Melayu Singapura, orang-orang Melayu Melaka juga, yang sama-sama berada di Negeri Selat berharap nasib orang Melayu dapat diubah melalui tulisan-tulisan dalam akhbar Suara Benar ini. Malangnya hayat Suara Benar tidak panjang, namun bagitu sedikit sebanyak telah dapat memberikan kesan yang positif kepada orang-orang Melayu Melaka.

Missi Merdeka di Melaka 3

Thursday, January 29, 2009 | | | |
Missi Merdeka Post 3
UMNO , MCA dan MIC Melaka mengatur kepulangan MISSI Merdeka

Satu mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Melaka di adakan pada 22.1.1956 . Borhan Md Yaman mencadangkan diterima cadangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan majlis menerinya dengan sebulat suara. Satu jawatankuasa dibentuk bagi mengatur dan menyusun jentera menyambut Kepulangan Missi Merdeka itu.
Borhan Md Yaman dalam mesyuarat jawatankusa UMNO Melaka pada 22.1.1956 mencandangkan Melaka menerima syor UMNO Kuala Kangsar agar Misssi Merdeka disambut di MELAKA
Untuk menguruskan sambutan kepulangan Missi Merdeka yang bagitu besar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagi melicinkan pentadbiran UMNO Melaka telah menghubungi rakan politiknya iatu MCA dan MIC. Keputusan Mesyuarat UMNO Melaka telah dibawa oleh Setiausaha UMNO, Hasnul Hadi ke dalam Mesyuarat Parti Perikatan Melaka pada 27.1.1956. Parti Perikan Melaka telah menubuhkan jentera penggerakkan terdiri dari:
Abd Ghafar Baba Pengerusi Rapat UMUM
Pengerusi Rapat UMUM : Abd Ghafar Baba
Jawatankuasa Penyambut: Abd Ghafar Baba
Tan Siew Sin
Sudin Abd Rahman
Goh Chee Yan
A.W.B.Acton
V Allagapan
Pengerusi J/K Penerangan
Dan Perarakan: Muhammad Abd Rahman
Pengerusi J/K Pengangkutan: Tan Cheng Swee
Sementara itu Abd Ghafar Baba telah menghubungi Tunku Abd Rahman di London melalui talipon. Beliau menyatakan tidak dapat keputusanya kerana perundingan waktu itu belum tamat. Beberapa hari kemudiannya beliau menerima 2 kawat dari London.
Kawat dari London
Kawat Pertama: “ Perundingan ditamatkan hari ini dengan kejayaan yang penuh.
Keputusan diumum lapan haribulan.”
Kawat pertama ini diterima oleh Pejabah Perikatan Melaka pada hari Rabu 8.2.1956
Kawat Kedua : “ Akan balik dengan kapalterbang EM 532. Sampai Kuala Lumpur
19 Februari dan akan membat ucapan umum pertama di Melaka”
Tunku Abd Rahman dijangka akan bertolak dari London dengan penerbangan EM 532 ke Kuala Lumpur tetapi ada pindaan penerbangan kemudiannya. Tunku tidak mendarat di Kula Lumpurnya, sebaliknya beliau dan missinya mendarat di Singapura pada 19.2.1956.
Dalam menyelenggarakan Missi Merdeka, Perikatan Melaka telah mengadakan mesyuarat tergemparnya pada hari Selasa 7.2.1956 dan Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan mesyuaratnya pada 12.2.1955. Pada waktu itu seluruh jentera telah sedia untuk digerakkan.
Barisan Motosikal: Pemuda UMNO Bahagian Melaka dijangka mengadakan barisan motosikal untuk mengmpalai perarakan membawa ‘Missi Merdeka’ dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Padang Banda Hilir.
Tunku an missinya melambai gembira kepada orang ramai
Barisan itu diketua oleh Cikgu Ahmad Bin Hj Marzuki. Tiap-tiap motosikal dibenarkan 2 orang menaikkinya. Pakaian yang ditetapkan ialah baju putih, seluar panjang putih dan songkok hitam.

Pemuda bermotosikal diketuai oleh Cikgu Ahmad Marzuki mendahului perbarisan
Barisan Kehormat di Lapangan Terbang Batu Berendam di adakan. Barisan ini diwakili 5 orang pemuda dari tiap-tiap cawangan dan diketua oleh Abdul Bin Chudang dan dibantu oleh Harun Pit, Samah Abd Aziz dan Salleh Kassim.
Barisan Kereta: Dalam barisan kereta Perikatan telah menyediakan 30 buah kereta untuk mengangkut ‘Missi Merdeka” dan pegawai-pegawai Tinggi Perikatan dari seluruh Malaya yang mengiringi Tunku dari Batu Berendam ke Banda Hilir.
Ketetapan Kereta:
Kereta Pertama : Tuanku Abd Rahman akan berdiri bersama-sama seorang wakil raja-
Raja dan Pengerusi UMNO Bahagian Melaka.
Kereta Kedua: 2 orang anggota ‘Missi Merdeka’ – Kereta dipandu oleh Tan Siew Sin
Kereta Ketiga: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Othman Shawal
Kereta Keempat: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh Goh Che Yan
Kereta Kelima : 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh V.Allagapan
Kereta Keenam: 2 orang anggota “Missi Merdeka” – Dipandu oleh A.Rahman Acton
Manakala kereta-kereta yang lain membawa pegawai-pegawai perikatan. Selain dari kereta yang 30 biji yang ditetapkan , kereta-kereta lain juga dibenarkan menyertai perarakan tetapi mereka tidak dibenarkan masuk ke Banda Hilir kerana masalah tempat parking.
Perarakan Pemuda.
Dalam perbarisan perarakan pemuda , pergerakan pemuda UMNO mengetuai perbarisan itu dan diikuti oleh perbarisan pemuda MCA dan MIC serta pemuda-pemuda dari negeri lain.
Pemuda-pemuda Melaka di minta berkumpul di padang Kubu dengan diketuai oleh Pemuda UMNO, Bulat Bin Muhammad.
Pemuda-pemuda MCA dan MIC dari negeri-negeri lain diminta menunggu di hadapan bangunan Meng Seng. Semua Barisan di hadapan bangunan Meng Seng diketuai oleh Syed Omar Al-Habshi.. Perarakan tersebut didahui oleh pancaragan MCA.
Kanak-kanak sekolah juga turut dipelawa. Mereka diminta beratut sepanjang jalan yang di lalui “Rombongan Merdeka’ sambil mengibarkan Bendera Merdeka.
Kampung-kampung di tepi pantai diminta menghiasi perahu-perahu serta motor boat motor-boat mereka dan diminta mengangkut orang-orang di kampung-kampung di tepi-tepi pantai Melaka ke Padang Banda Hilir. Perahu-perahu diminta berlabuh di tepi pantai Bada Hilir jam 3.00 petang.
Perarakan cawangan-cawangan
Di samping itu perarakan cawangan-cawangan juga diatur rapi. Cawangan-cawangan yang menggunakan jalan Sungai Rambai-Melaka dan Jasin-Melaka dikehendaki berkumpul di Simpang Lima Semabok Perarakan itu di ketuai olej Hassan Muhammad.
Cawangan-cawangan menggunakan Jalan Masjid Tanah-Melaka diminta berkumpul di ‘Badminton Hall’ Tengkerah dan diketuai oleh Syed Hood. Cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Alor Gajah-Melaka berkumpul di Padang Kubu dan diketuai oleh Ismail Bin Abu Samah. Bagi cawangan-cawangan yang menggunakan Jalan Durian Tunggal-Melaka diminta berkumpul di Masjid Pengkalan Rama dan diketuai oleh Ahmad Abdullah.
Bagi melicin pentadbiran dan pengurusan Jawatan diubah dengan
Abd Ghafar Baba : Pengerusi Rapat Umum
Hasnul Hadi : Setiausaha Rapat Umum
Muhammad Abd Rahman : Pengerusi JK Penerangan dan Perarakan
Tan Cheng lock: : Pengerusi JK Pengangkutan
Hj Johar Aziz : Pengerusi JK Cenderamata
C.Mariappan : Pengerusi JK Perhiasan
Kamal Sudin, Tawi Abd Hamid dan Hj Talib Karim : JK Penyambut di Banda Hilir
Abd Ghafar Baba, Sudin Abd Rahman dan Othman Shawal sebagai JK Penyambut di
Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
Tawi Hamid dan Hassan Bakar : Pengelola Tamu luar.

Hasnul Hadi, Setiausaha Rapat Umum
Walapun sambutan itu dikelolakan olek Perikatan Melaka (UMNO/MCA/MIC) tetapi sebahagian besar tugasnya adalah dipikul oleh UMNO Melaka.
Semuanya telah diatur rapi menjelang kembalinya “Missi Kemerdekaan” Sumbagan mental moral, fizikal dan material sememang tidak dapat dinilaikan. Ada yang bertunggu tangga di pejabat UMNO di 47, Mill Road, Melaka bekerja siang dan malam semata-mata untuk melihat segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa Melaka boleh mengelolakan perhimpunan yang bagitu besar.
Ketibaan Missi Merdeka ke Melaka
Pagi Minggu 19. 2. 1956 , rakyat Melaka dan rombongan-rombongan luar amnya telah mulai membanjiri Kota Melaka. Rombongan luar ada yang sampai sehari dua lebih awal dan menginap ditempat-tempat yang dikhaskan. Kenderaan keluar masuk tidak putus-putus. Ada . yang tinggal di tepi-tepi pantai ada yang berperahu. Tidak kurang juga orang berduyun-duyun berjalan kaki untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu. Ramai sekali yang membanjiri Melaka. Straits times melaporkan yang menggunakan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, bas, kereta, basikal, motosikal, kenderaan kerajaan seperi lori JKR. (PWD)
“ …..More than 100 000 people gave Tunku a tumultuous welcome.”
Walaupun dalam jangka awal Tunku dan rombongannya tiba pada pukul 2.00 petang tetapi perubahan jadual telah menyebabkan Missi Merdeka samapai di Lapangan Terbang batu Berendam jam 10.00 pagi. Ini dapat dijelaskan dengan laporan di bawah:
The Tunku is due in Malaccca at 10.00 am From the airport he will go
straight to Mr. Tan Siew Sin’s house for a rest. At 1.00 p.m. he will
attend a luncheon ata MCA premises in Tranquera Road ………”
Walaupun “Missi Merdeka” sampai lebih awal dari yang dijangkakan tetapi ini tidak banyak membawa perubahan kepada rancangan awal . Hanya mereka yang ditugaskan menyambut ketibaan rombongan itu saahaja yang terlibat. Segala urusan perhimpunan di padang Banda Hilir adalah seperti yang ditetapkan bermula 2.30 petang.
Setelah “Rombongan Merdeka” sampai di Batu Berendam mereka disambut dengan begitu meriah dan gemuruh pekikan “MERDEKA” . Mereka telah disambut seperti yang dirancangkan dan rombongan itu dilaporkan
…… escorted by a fleet of more than 100 cars to Klebang Besar via Batu Berendam, Peringgit, Pengkalan Rama, River Side dan Tranquera Road … “
Setelah makan tengah hari anjuran MCA Melaka, Tunku dan ahli rombongannya diarak sekali lagi ke Pandang Banda Hilir tepat jam 2.30 petang. Di Padang Banda Hilir Tunku akan “Mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu”. Mendahului perarakan ialah barisan motosikal dan Tunku berdiri sepanjang perjalanan melambai-lambaikan tangan dan berteriak Merdeka dan sepanjang jalan jugalah laungan “MERDEKA” tidak putus-putus di laungkan. Setiba sahaja di padang Banda Hilir beliau memeriksa barisan pemuda UMNO, MCA dan MIC serta pemuda-pemuda UMNO dari lain-lain negeri. Tidak dapat digambarkan betapa meriahnya suasana paada waktu itu. Sesudah itu beliau serta rombongannya menaiki sebuah pentas khas yang disediakan.
Walaupun ada beberapa ucapan awal tetapi orang ramai tidak sabar menunggu YTM Tunku Abd Rahman bangun memberi ucapan dan mengisytiharkan Tarikh Kemerdekaan tanah Melayu. Tunku menyatakan bahawa negara ini telah dijajah selama lebih dari 400 tahun dan masanya telah sampai untuk negara ini, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di akhir ucapan beliau beliau mengisytiharkan:
“ …… Insya Allah 31 Ogos 1957”
dan disambut dengan laungan merdeka. Ada yang menadah tangan besyukur kepada Allah, Ada yang terus bersorak, dan ada yang mengira Tarikh dan berbagai-bagai ragam dapat di lihat pada waktu itu.
Inilah peristiwa paling bersejarah bagi Negeri Melaka. Padang Banda Hilir akhirnya di gelar Padang pahlawan dan Melaka sebuah negeri bersejarah penuh dengan peristiwa sejarah.
En Abd Ghafar Baba menyampaikan ucapan sebelum Tunku mengisytiharkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.
Setelah pengistiharan tarikh kemerdekaan, rombongan Tunku terus berangkat ke Kuala Lumpur tetapi orang ramai yang ada terus menunggu sampai ke malam kerana pada malam itu ada disediakan “Malam Anikawarna” yang diketuai oleh Abg Ghafar Baba dan Hassan Mansor.
Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan setahun setengan dari tarikh pengisytihran itu. UMNO Melaka terus berjuang untuk mengisi kemerdekaan. Peranan UMNO Melaka semenangnya cukup banyak dalam usaha mendapatkan kemerdekaan. Sebahagian besarnya bermula di Melaka. Di Melakalah di mana segala-galanya bermula. Tarikh keramat telah diketahui 31 Ogos, 1957.
Majlis dan perhimpunan berjalan dengan bagitu licin dan teratur. UMNO Melaka sudah sewajarnya menerima kreditnya kerana sebahagian besar tugas mengendalikan perhimpunan yang bagitu besar dapat dikendalikan dengan sempurna, walaupun dalam
serba kekurangan. Betapa gigihnya UMNO Melaka dari ahli-ahli cawangan hingga pemimpin-pemimpin di peringkat Bahagian tidak kenal penat lelah tidak kira wang ringgit atau bayaran, malah keluar wang saku sendiri, tidak kenal penat lelah bagi melihat, Negara mereka bebas dari ancaman penjajah.

Missi Merdeka di Melaka 2

Thursday, January 29, 2009 | | | |

Missi Merdeka Post2
Mengapa Tarikh Kemerdekaan diisytihar di MELAKA ?
Dalam satu Mesyuarat Tergempar pada hari Jumaat 13.1.1956 , UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak telah membuat satu keputusan sebulat suara mengenai kepulangan Tunku dan Missi Merdekanya . Ketetapan yang diambil dalam mesyuarat tergemparnya berbunyi:
Bahawa mesyuarat ini mengambil ketetapan iaitu mendesak Ibu Pejabat UMNO Malaya menghantar kawat ke London meminta supaya Rombongan Merdeka yang diketuai oleh YAB Tunku Abd Rahman Putera itu waktu sekembalinya dari London ke Tanah Melayu membawa tarikh kemerdekaan hendaklah mendarat di MELAKA”
Mesyuarat itu diadakan oleh UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak kira-kira dua minggu setelah Missi Merdeka bertolak ke London. Mereka telah membincangkan dengan bagitu serious. Diantara sebab-sebab mengapa mereka memilih Melaka sebagai
tempat pendaratan Missi Merdeka itu kerana imej kepimpinan UMNO Melaka amat tinggi dan mempunyai potensi yang baik dalam lapangan politik. Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan UMNO Melaka dalam mengendalaikan Persidangan Agung UMNO Malaya, Persidangan Pemuda UMNO Malaya, Persidangan Agung Wanita UMNO Malaya, , Persidangan Agung Tergempar UMNO Malaya, Demonstrasi Menentang Penyata Pilihanraya dan banyak lagi yang boleh dijadikan alasan mengapa Melaka boleh mengelolakan kepulangan Misi Merdeka dengan sempurna dan teratur. Ini adalah dari segi fizikalnya.
Dari segi moralnya kerana UMNO Bahagian Kuala Kangsar menerangkan mengapa Missi Merdeka mesti mendarat di Melaka ialah:
“ a. Mengjngati Sejarah Kerajaan Empayar Melayu Melaka.
b. Perkataan “Takkan hilang Melayu di dunia” diterbitkan
di Melaka oleh Laksama Hang Tuah, seorang hulubalang
Melayu yang gagah perkasa berjuang kerana bangsa dan nusa.
c. Di Melakalah mula-mula penjajah barat bertapak di tanahir
Pada 11.7.1511
d. “Di atas Robohnya Kota Melaka, Kita Bangunkan Jiwa Merdeka”
kata pemimpin Melayu Dr.Burhanuddin al Helmy pada tahun 1946.
e. UMNO mendesak Pilihanraya 100% yang menyebabkan Yang Amat
Mulia, Tunku Abd Rahman Putra diutuskan ke
London pun adalah
keputusan Mesyuarat Agung UMNO Tergempar di Melaka.
Dengan ketinggian moral itulah UMNO Bahagian Kuala, Perak memutuskan

Dengan sebab-sebab itu membawa Tarikh Kemerdekaan biarlah di Melaka.”

Keputusan Mesyuarat Tergempar UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu telah dihantar ke Ibu Pejabat UMNO dan dipanjangkan ke Melaka. UMNO Melaka yang bagitu aktif dan berada dalam klimaks itu menerima cadangan itu dengan penuh hormat.

Missi Merdeka di Melaka 1

Thursday, January 29, 2009 | | | |
Tunku melambai tangan sebelum bertolak ke London di East Wharf, Singapura

Post 1
Menyambut Kepulangan MISSI Kemerdekaan
Melaka - (20.2.1955)
Missi Merdeka ke London
Salah satu peristiwa paling bersejarah dalam negara ialah Menyambut Kepulangan Missi Kemerdekaan dari London.. Ini adalah satu kejayaan UMNO Melaka khasnya dan UMNO Malaya amnya. Missi Merdeka itu diketui oleh Tunku Abd Rahman yang lainnya terdiri dari Dato Abd Razak Bin Hussin, Dato Nik Kamil, A.Aziz, Menteri Besar Selangor, Kolonel H.S.Lee , Dr Ismail, Menteri Hasil Dalam Negeri, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Mohd Seth, T.H.Tan dan A.Kadir.
Rombongan itu bertolak ke London dengan kapal laut melalui Singapura. Mereka tidak menggunakan Kapal terbang kemungkinan besar kerana masalah kewangan. Mungkin Derma Kemerdekaan tidak mengizinkan mereka pergi ke London dengan Kapal terbang. Mereka dijangka mengadakan perbincangan dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku dan ahli rombongannya dijangka akan membawa balik
‘TARIKH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU”
Seperti kata Tunku
“My only ambition is to come back from London
and announce the date of Malaya’s Independence”
Tunku telah bertolak dari hotelnya di Singapura dan diberi selamat jalan yang meriah sekali. Perarakan yang berwarna warni diadakan sepanjang-panjang jalan dari hotelnya ke East Warf . Terdapat perarakan sepanjang Connaught Drive, Colley Quey, Robinson Road, Anson RoadEast Warf. hingga k Sebelum berlepas Tunku berkata:
… If I fail in my task the people will kick me out …”
Tunku dijulang oleh penyokong-penyokongnya ke East Wharf, Singapura
untuk ke
London
Pemergian missi in amat besar ertinya kepada perjuangan UMNO tanahair. Semasa rombongan itu berada di London semua rakyat di Tanah Melayu khasnya pejuang-pejuang politik sama-sama berdoa agar misi itu berjaya. Perbelanjaan pemergian misi itu adalah atas sumbangan rakyat yang dikutip melalui “Tabung Derma Kemerdekaan” yang telah di rancang seawal-awalnya pada 6.4.1953 dalam Persidangan Agung UMNO di Melaka. Tentang pungutan “Derma Kemerdekaan” ini dapat di ketahui melalui setiap Keluaran Malaya Merdeka melalui muka surat khas.
Tujuh minggu Missi Merdeka meninggalkan tanahair dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan “Tarikh Kemerdekaan.” Rakyat menunggu dengan penuh kesabaran. Di samping itu ahli politik tanahair memikirkan cara yang terbaik untuk menyambut kepulangan Missi Kemerdekaan itu.
...bersambung ke Post 2