Pages

Friday 5 October 2012

Perkembangan Prosa Melayu zaman kesultanan Melaka

Wednesday, March 4, 2009 | | | |
SENI BAHASA – PROSA
Sejarah Melayu adalah sebuah hasil sastera yang sangat penting dalam melihat kebelakang tentang Sejarah Melaka, Sejarah Bangsa dan Kebudayaan Melayu bukan sahaja di empire Melaka malah di seluruh nusantara ini. Untuk menulis sejarah dan budaya Melayu awal mestilah merujuk kepada Sejarah Melayu
“ ………sumber yang perlu dirujuk adalah Sejarah Melayu kerana tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh digunakan untuk menggambarkan budaya masyarakat negeri Melaka dengan baik dan jelas seperti sumber tersebut … “
Tun Seri Lanang telah menulis Sejarah Melayu berdasarkan
“… hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa, barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita kemudian …….” (Sejarah Melayu ed. Shellebear)
Hikayat dari Goa ini adalah sebuah buku hikayat yang lebih awal dari Sejarah Melayu. Sejarah Melayu disalin atau ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada 1536 berdasarkan Hikayat dari Goa itu. Hikayat dari Goa itu adalah dikarang di Melaka pada zaman Kesultan Melayu Melaka. Lebih tepat pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah hingga Sultan Alauddin Riayat Syah (1424 – 1488).
Tidak diketahui penulis asalnya. Jika dibuat perbandingan dari segi bahasa, susun kata dan kelancarannya berkemunkinan besar ianya ditulis oleh pembesar di istana Melaka, seorang aristokrat yang rapat dengan istana Melaka. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu yang berusia 600 tahun dahulu dan boleh difahami oleh generasi hari ini.
Tun Seri Lanang telah mennyuting Hikayat dari Goa itu tetapi penceritaannya sama dengan bentuk asalnya. Biasanya dalam penulisan, laporan atau penyalinan semula biasanya dibuat tepat atau sehampir-hampir dengan salinan yang asal. Penyalinan atau laporan mengenai istana atau raja dilakukan oleh penulis istana (court writers/scribes) Adalah dipercayai Hikayat dari Goa ini hasil satera (prosa) yang dikarang oleh Melaka dan dihasilkan di Istana Melaka.
Kitab tua dalam tulisan jawi lahir dari perkembangan budaya dan tradisi ilmu di Melaka melalui pengaruh budaya Arab.
Ini membuktikan ada aktiviti penulisan sastera di Melaka pada zaman Kesultanan Melaka. Tambahan pula Melaka adalah Pusat Perkembangan ilmu pengetahuan di rantau ini pada waktu itu. Ramai ulamak-ulamak yang terkenal dari luar datang mengajar dan ramai pelajar-pelajar dari dalam dan luar datang belajar di Melaka. Nagarakartaga melaporakan 2 dari 9 orang Wali Sungo kerajaan Majapahit datang belajar ilmu di Melaka dan mereka tinggal di Pulau Upeh. Mereka ialah Sunan Bonang dan Sunan Giri Kedatangan Islam ke Melaka telah membolehkan orang-orang Melaka belajar tulisan jawi yang digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran sastera di rantau ini. Tidak boleh dinafikan kewujudkan kegiatan aktiviti sastera di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian kita tidaklah boleh membandingkan kegiatan sastera pada waktu itu dengan kegiatan sastera pada zaman ini.
Pulau Upeh tempat Wali Sonan Bonang dan Wali Sonan Giri tinggal semasa menuntut ilmu di Melaka dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Membicarakan tentang tradisi penulisan di Melaka, ada laporan menyatakan sudah ada tradisi penulisan sebelum kedatangan Islam lagi. Cauto yang memetik dari Boxer mengatan “ orang-orang Melayu Melaka sudah mempunyai tulisan sebelum kedatangan orang-orang Arab ke Melaka..,.” Tulisan ini mungkin tulisan Sanskrit.
Kebudayaan Melayu di Semenanjung telah bertapak dan berkembang di Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Adalah satu perkara yang mustahil, Melaka sebuah Pusat Kebudayaan Melayu, Pusat Ilmu Pengetahuan, Pusat Perkembangan dan Penyibaran Agama Islam tidak menjalankan aktivit penulisan. Malangnya bahan-bahan bukti tidak banyak untuk diketengahkan.
Selain dari kitab Sejarah Melayu terdapat juga hasil sastera yang terdapat di istana Melaka. Ketika Melaka diserang oleh orang-orang Portugis orang-orang Melaka dinaikkan semangat dengan dibacakan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua kitab ini adalah hasil penulisan orang Melaka yang dilakukan di istana Melaka.
Di samping itu terdapat dokumen undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Dokumen ini menrupakan hasil pemikiran dan penulisan cendiakawan-cendiakawan Melayu Melaka yang arif tentang undang-undang dan Hukum Islam. Kedua-dua Hikayat dan Dokumen Undang-Undang itu adalah sebahagian di antara hasil sastera orang-orang Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Salah sebuah kitab dalam bentuk prosa yang dikarang dalam zaman kesultan ialah
‘al insanu’l-Kamil’. Kitab ini digunakan sebagai teks semasa sultan Mansur Syah (1477 – 1488). Ianya dikarang oleh Abdul Karim Al-Jili. Kitab ini membincangkan mengenai falsafah.
Sebagai pusat pengajian ilmu di rantau Nusantara ini sudah pasti banyak hasil-hasil prosa dan puisi dibawa, dikarang atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu unyuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Malangnya hasil-hasil prosa ini amat sukar diperolehi untuk dijadikan bahan rujukan. Namun demikian kita yakin sememang ada baha-bahan ini untuk tujuan mendapatkan ilmu.
Alfonso d’Albuquerque sebelum balik ke Lisbon telah memuatkan berbagai-bagai bahan dan hasil budaya Melaka ke dalam kapalnya Flor de La Mar untuk dihadiahkan kepada Rajanya di Portugal. Hasil budaya Melayu yang terdapat dalam kapal itu termasuk hasil penulisan, skrip, manuskrip Melayu yang dikumpulkan di Melaka. Malangnya kapal Flor dr La Mar itu karam dan tenggelam bersama-sama khazanah budaya Melayu Melaka.
Flor de La Mar tenggelam dan membinasakan sebahagian besar khazanah Budaya Melayu Melaka
Ini membuktikan sudah ada kegiatan tradisi penulisan di Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Era Pemerintahan Belanda dan British
Munsyi Abdullah Bin Abd Kadir Munsyi pernah diarahkan oleh Gabnor Belanda dari Betawi untuk mengumpulkan manuskrip-manuskrip Melayu dari Riau, Pahang, Johor dan Kelantan. Munsyi Abdullah telah menurut arahan Gabnor Belanda itu dan berjaya mengumpulkan banyak koleksi manuskrip Melayu. Semua koleksi manuskrip yang ini disimpan di bawah ‘Seketriat Belanda di Betawi’ dan akhirnya dipindahkan kepada ‘The Batavian Society of Arts and Science’ . Hampir 100 buah manuskrip yang terpilih tersimpan di situ. Ini adalah seperti yang terdapat dalam artikel P.Voorhoeve “A Malay Scriptorium” Edisi Bastion & Roolvink Malayan and African Studies. pp 256-266)
Hikayat Abdullah (edisi Roolvink) ada menggambarkan Stamford Raffles mengumpulkan manuskrip dan lain-lain hasil budaya Melayu di Melaka. Katanya

“ ……. dan lagi pula orang-orang membawa kitab-kitab dan hikayat-hikayat Melayu pun entah beraps ratus jenis …. Hampir habis surat-surat Melayu daripada beberapa zaman habis tidaklah sedarkan orang-orang yang di belakang kelak menjadi bodoh ….” Pp77

“ … dengan tangankulah menyimpan segala kitab yang berjilid sahaja ada kira-kira 300, maka lain daripada yang bercerai-cerai dan bergulung dan yang berhelai-helai, maka penuhlah tiga buah peti kulit panjang sedepa dengan kitab-kitab Melayu sahaja…..” pp248

Malangnya manuskrip dan hasil sastera Melayu yang bagitu banyak itu telah terbakar dan tenggelam dengan terbakarnya “The Fame”. Dengan ini lenyaplah hasil penulisan sejarah dan budaya Melayu.
Bahan-bahan sejarah dan budaya ini dibeli dari orng-orng di Melaka di zaman pemerintahan Belanda dan British. Ini menunjukkan ada aktiviti penulisan di zaman penjajahan British dan Belanda. Munsyi Abdullah sendiri banyak menghasilkan penulisan pada zamannya termasuk Hikayat Abdullah, Kisan Pelayaran Abdullah, Syair Singapura terbakar, Khalilah Wa Daminah, Hikayat Petani dan lain-lain lagi..
Sejak dari Zaman Kesultan Melayu Melaka hingga zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British masih terdapat kegiatan sastera atau kegiatan penulisan mengikut momentum zaman itu sendiri.

No comments:

Post a Comment