Pages

Thursday 4 October 2012

Politik Awal Melayu Melaka

KESATUAN MELAYU MELAKA
(
Post Pertama)
Dalam sejarah Politik Melayu Melaka terdapat dua Kesatuan Melayu Melaka (KMM)
Pertama: Kesatuan Melayu Melaka 1937 hingga 1941- sebelum perang
Kedua : Kesatuan Melayu Melaka 1945 hingga 1948 – selepas perang
Walaupun nama Kesatuan itu sama tetapi ia wujud dalam dua era yang berbeza . KMM yang pertama diwujudkan sebelum perang dan KMM yang keduanya diwujudkan semula selepas Pemerintahan Jepun. Kedua-duanya diasaskan oleh dua kumpulan pemimpin yang bebeza

2.1 KMM Sebelum PerangTamatnya akhbar Suara Benar pada 28.2.1933, telah memberikan pukulan hebat kepada mereka yang mempunyai semangat kebangsaan yang kuat di Melaka. Suara Benar adalah sebuah akhbar jawi yang diterbitkan di Melaka yang dijadikan gelanggang untuk menaikkan semangat orang-orang Melayu pada waktu itu. Sebelum tahun 1937 tidak ada sebarang pertubuhan politik atau separuh politik ditubuhkan di Melaka. Yang ada hanya pertubuhan-pertubuhan sosial, kebudayaan dan permainan sahaja.
Suara Benarlah telah memberi peluang kepada orang-orang Melaka membincangkan hal-hal politik secara terbuka dalam awal-awal tahun 1930an. Pernah berlaku ‘perang’ anatara Suara Benar dengan Malacca Guardian. ‘Peperangan’ ini betul-betul memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu betapa pentingnya perpaduan bagi mereka. Dan patut diwujudkan dengan kadar segera.
2.2 Melayu Singapura membantukan Melayu Melaka
Segala pergolakan yang berlaku diantara kedua-dua akhbar itu diikuti dengan penuh teliti oleh orang-orang Melayu Singapura. Pada waktu itu telah tertubuh satu persatuan Melayu yang kukuh yang dinamakan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). KMS adalah dianggap sebagai parti politik bagi orang-orang Melayu Singapura.
KMS ditubuhkan pada tahun 1926. Di antara pengasasnya ialah Eunos Abdullah, Daud Md.Syah, Embok Sulok, Tengku Kadir Tuan Kadhi Hj Muhammad Yusof Md Said dan Sudin Abdul Rahman. Sudin Abdul Rahman adalah orang Melayu Melaka. Beliau lahir di Brisu Melaka tetapi berkhidmat sebagai Inspektor Polis di Singapura. Bersama-sama rakannya di Singapura beliau turut sama mengasaskan KMS. Beliau bagitu prihatin terhadap nasib bangsanya di negeri asalnya. Beliau balik ke Melaka dan terus menganggotai UMNO dan duduk menerajui UMNO Melaka dalam tahun 1950an.

(Penerbitan ini diuasahakan oleh Kesatuan Melayu Singapura)
Perjuangan KMS tidak hanya terhad kepada Singapura sahaja, malah mereka sentiasa bersimpati dengan kaum bangsanya yang berada di Negeri-Negeri Selat yang lain seperti Melaka dan Pulau Pinang kerana kedua-duanya tidak mempunyai sultan untuk membela nasib orang-orang Melayu yang sentiasa tertindas itu. KMS banyak sekali membincangkan masalah-masalah orang-orang Melayu serta mengsyorkan langkah-langkah bagi membaiki nasib mereka. Usaha mereka hendak menolong kaum bangsanya pernah mendapat sokongan Pagarang Straits Times Singapura, seperti yang tersiar dalam rencana pengarangnya pada 14.5.1937.
Soal-soal yang dibangkitkan oleh KMS termasuk soal-soal kesempitan hidup orang-orang Melayu di bandar, mata pencarian seperti buruh, kuli dan nelayan, soal-soal pelajaran, hak-hak orang Melayu dan seumpamanya banyak dibangkitkan dan diberi penekanan. Orang-orang Melayu sentiasa berada di strata sosial yang paling bawah sekali. Straits Times, Singapura cuba Antara lain katanya memberi cadangan bagi membela nasib nelayan-nelayan Melayu.
 
“ … menjadi kuli …… rakyat Melayu yang diam di pantai-pantai dan keliling Pulau Singapura yang mencari kehidupan bekerja menangkap ikan.Adapun ikan yang dijual mereka itu di pantai-pantai dan kemudian pula dijual di pasar-pasar sangatlah berjauhan harganya yang mengejutkan seseorang, dan jika ada seorang pegawai kerajaan yang boleh mengaturkan sesuatu peraturan supaya keuntungan peraih-peraih itu dikurangkan maka satu kebajikan yang amat besar lagi yang sebenarnya boleh ia menabur di atas nelayan-nelayan Melayu Singapura….”
Mengenai sekolah-sekolah vokasional, Pengarang Straits Times itu menerangkan.
…adapun sekolah-sekolah pertukangan yang ada dalam
Singapura itu tidaklah berfaedah dan berguna kepada
kebanyakan belia-belianya sebab sekolah itu menerima
budak-budak daripada sekolah Inggeris sahaja ……”
Segala masalah yang berlaku di Singapura juga terdapat di Melaka dan di Pulau Pinang. Melihatkan orang-orang Melayu yang tidak stabil kedudukannya dari segi sosial,
ekonomi dan politik KMS telah menunjukkan simpatinya dengan niat yang suci bagi menolong mereka. KMS rasa Melaka juga perlu mempunyai satu kesatuan seperti KMS. KMS mahu menyelamatkan orang-orang Melayu dari penekanan dan penindasan orang-orang asing khasnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Pada waktu itu diskriminasi sosial yang hebat diterima oleh orang-orang Melayu.
En Yunus Abdullah, banhyak membantu penubuhan Kesatuan Melayu Melaka

No comments:

Post a Comment