Pages

Thursday 4 October 2012

SEJARAH MELAKA - Kesatuan Melayu Melaka 4

Kesatuan Melayu Melaka Membantu membeli Kapalterbang “Spitfire”
(Post Keempat)
Walaupun perjuangan orang-orang Melayu tidak dihiraukan namun Kesatuan-Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Selat termasuk Sarawak dan Brunei telah memberikan segala kerjasama kepada Inggeris. Ini dapat dilihat apabila mereka berpakan mendapatkan derma untuk membeli sebuah kapalterbang pejuang “Spitfire” bagi menghadapi peperangan dengan Jepun.
Dalam satu persidangan Kesatuan dan Persatuan Negeri-Negeri Melayu pada bulan Januari 1940, satu usul telah diterima iaitu mengadakan “LOTERI BANTUAN PERANG” . Usul ini diterima sebulat suara dan tugasnya diberikan kepada Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Selat.
Perbincagan telah dijalankan dan ketetapan yang dibuat ialah;
a. 40% dari wang kutipan harga tiket loteri dijadikan derma kapalterbang
“SPITFIRE’
b. 50% sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang dan wang kemenangan
dibelikan “Saving Certificate” Pinjaman Perang itu.
i. 20% hadiah pertama
ii. 10.5 % hadiah kedua
iii. 6 % hadiah ketiga
iv. 13.5 % hadiah tambahan
c. 10% lagi dijadikan belanja menguruskan Loteri Perang.
Ini adalah salah satu contoh kerjasama Persatuan dan Kesatuan Melayu Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat yang diberikan kepada kerajaan Inggeris, malangnya kerajaan Inggeris cukup sukar untuk menunaikan permintaan orang-orang Melayu. Empat tahun Kesatuan Melayu Melaka berfungsi tetapi tidak kelihatan kesan yang benar-benar positif . Kegagalan perjuangan Kesatuan Melayu Melaka telah membuat satu golongan orang-orang Melayu Melaka yang lebih muda dan lebih radikal membentuk Kesatuan Melayu Muda, Melaka. (KMMM) Golongan muda ini menganggap Kesatuan Melayu Melaka dianggotai oleh kaum barjuois-feudalis yang konservatif bergerak dengan langkah yang cukup lembap. Perjuangan Kesatuan Melayu Muda Melaka bergerak separuh jalan setelah berlakunya perang Dunia Ke2.
Apabila berlakunya Perang Dunia II, tidak lagi kedengaran perjuangannya tetapi ia dihidupkan semula selepas Perang dengan wajah dan bentuk yang baru.

No comments:

Post a Comment