Pages

Monday 8 October 2012

Rumah Tradisional Demang Abd Ghani Merlimau


Rumah Tradisional Melaka

Tuesday, January 27, 2009 | | | |
Rumah Demang Abdul Ghani – MERLIMAU



Usia rumah ini lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang.

Lokasi: Rumah ini terletah di Kampung Merlimau,kira-kira 22 km dari Bandar Melaka mengarah ke Muar. Mereka yang sampai ke Pekan Merlimau akan mengambil masa kira-kira 10minit berjalan kaki ke rumah ini. Terlrtak ditepi jalan raya dan kereta boleh sampai hingg ke tangga.

Pemilik: Rumah ini ialah dibina oleh Demang Abd Ghani. Beliau adalah seorang Demang atau pembesar yang dilantik oleh British bagi mentadbirkan kawasan Merlimau.
Semasa menjadi Demang beliau telah mebina rumah ini dan akhirnya diwasi oleh anahnya Demang Abd Ghani ,Penghulu Mad Natar dan akhirnya anak-anaknya.

Siapa Demang Abd Ghani: Beliau adalah deorang pembesar di kawasan ini. Dilantik oleh Residen Commissioner Melaka untuk menguruskan kawasan pentabirannya.
Beliau telah menjadikan rumah ini sebagai pejabat pentadbiran bagi membantu Pentadbir di daerah Jasin. Merlimau terletak di daerah Jasin. Tugas utama beliau ialah
mengutip cukai khasnya dalam bentuk hasil seperti padi, kelapa dan buah-buahan.
menyelaisakan masalan awam dan jenayah yang ringan (perkelahian di kampung, melarikan anak gadis orang,mencuri, bergaduh, dll)
Menyelaraskan urusan pertanian khasnya bersawah padi, kerja gotong royong dll)
Di rumah inilah kes-kes di ats dibicara dan di selesaikan.

Seni Bina:Rumah ini berasaskan Bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari Tukang-Tukang Melayu dan Tukang Cina.
Tukang Melayu menguruskan sebagaian besar rumah yang berkaitan dengan kayu dan tukang Cina menguruskan bahagian ada kaitan dengan simen menyimin. Khanya berkaitan dengan Tangga pelantar dan dapur.

Dari segi seni binanya kita dapat linya dengan jelas seni bina Melayu, Cina dan Barat.
Rumah utama Sni Bina Melayu dengan gabungan senibina Melayu Melaka dan Gabungan senibina “Limas” iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga. Rumah Besar dan Rumah dapurnya ada dari senibina Melayu Melaka dan anjungnya adalah dari Senibina Johor-Riau-Lingga.

Bahagian utama yang menggunakan kayu TIDAK menggunkan sebatang paku pun.


Struktur: Rumah ini terdiri dari Anjung, serambi, rumah besar , pelanatar, rumah dapur dan dapur masak.

Fungsi: Setiap bahagian ada fungsinya:
Anjung: Digunakan untuk Pentadbiran, Pembicaran,
Penyelesaian masalah.
Rumah Ibu/Besar/Ibu: Ada 3 bahagian:Bilik tidur,
ruang dewan dan loteng.
a. Bilik Tidur adalah tempat tidur Demang atau
digunakan sebagai Bilik Tidur Pengantih apabila
berlaku majlis perkahwinan
Bilik /Ruang Tengah Rumah: Sebagai dewan bagi seuatu majlis keramaian atau perkahwinan. Di sini terdapat sebuah pelamin Kekal untuk pengatin bagi keluarga Demang.
Loteng: Untuk kegunaan anak dara dan bilik menyipan harta/khazanah Demang. Naik melalui tangga khas.

Pelantar: Untuk tujuan menjemur padi, kueh, ikan dll serta digunakan untuk tujuan hidangan dalam-majlis tertentu.
Di kawasan ini terdapat sebuah Perigi Batu dan airnya digunakan untuk tujuan minuman dan kegunaan harian.

Rumah dapur: Untuk kegunaan keluarga khasnya kaum ibu digunakan untuk bersaji, berbincang, berhibur dan pada malanya untuk tidur.

Dapur: Tujun untuk menyedaikan makanan. Jika dilihat dapurnya sangat besar. Ini adalah kerana kerap diadakan majlis makan keran setia pelawat yang hadir perlu makan di sini sebab tidak ada warung atau kedai makan seperti hari ini.

Ukiran: Terdapat bagitu banyak ukiran yang bermotifkan flora dan Fauna. Terdapau unsure-unsur “Itik pulang petang” , bunga tulip dan bunga teratai ,paku-pakis dll yang menambahkan keindahan rumah tersebut. Seluruh anjung,tiang-tiang di bahagian serambi dan anjung,Tiang Seri semuanya berukir dan bermotif tertentu.

Warna: Warna pilihan adalah warna yang menarik yang masih kekal bagitu lama. Warna “tiles” yang menjadi pilihan adalah warna-warna yang memberikan keceriaan dan menambahkan nilai estatika kepada rumah dan penghuninya.

Tangga Batu Kebangaan: Tangga Batu yang berukirdan lengkap dengan hiasan “mam-mar”/Tiles pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik hingga kini. Inilah tangga yang menjdi kebangaan orang-orang Melaka. Tangga yang menggembang dari bawah ke atas seolah-olah mengucapkan “Selamat Datang” kepada seseiapa sahaja. Tangga yang terbuka seolah-olah tersenyum mengucap salam kepada semua.

Kolah air Untuk Wuduk dan Basuk Kaki: Di gadapan tangga terdapat 2 buah kolah air yang digunkanuntukberwuduk dan juga untuk mencuci kaki sebuelum naik ke rumah. Maklumlah orang dahulu berkaki ayam sahaja ke mana-mana.

Kerusi Dianjung Untuk pegawai Inggeris: Di anjung terdapat banyak bangku panjang berbentuk kerusi di sekelilihnya. Ini bagi membolehkan pegawai-pegawai Inggeris yang memakai seluar/uniform dan tidak biasa duduk bersila boleh berehat dan berbincang.

Seni Budaya yang unik: Rumah Merlimau, Milik Demang Abdul Ghani ini bagitu unik . Ia telah meninggalkan satu warisan yang tidak ada nilainya. Oleh itu setiap warganegara Nalaysia hari ini harus melihat dan menikmati satu peninggalan sejarah yang amat berharga ini.


Catatan Ringkas oleh
HJ BAHARAM AZIT
MERLIMAU MELAKA.

(Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya. Kajian mengenai Rumah ini telah memenangi Hadiah Pertama dalam ertandingan essei Sejarah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia)

1 comment:

  1. macam mana nak hubungi encik baharom ya? saya nak buat kajian sejarah ttg ukiran kayu melayu. terima kasih :)

    ReplyDelete