Pages

Monday 8 October 2012

Kesatuan Melayu Muda Melaka dengan Jepun

Saturday, January 31, 2009 | | | |
Pada tahun 1942 Jeneral Ken Thurumi, Gabnor Jepun di Melaka, telah membenarkan Kesatuan Melayu Muda Melaka menggunakan Bangunan “Malacca Club” ini sebagai ibu pejabatnya
Kesatuan Melayu Muda Melaka di Zaman Jepun


Setelah Jepun menguasai Tanah Melayu, pemimpin-pemimpin Kesatuan Melayu Muda Melaka telah mulai menghidupkan kembali kesatuan yang diharamkan oleh Kerajaan British itu. Mereka telah dipanggil oleh Jeneral Thurumi, Gabnor Jepun bagi negeri Melaka, bagi membincangkan kedudukan KMMM itu. Pihak Jepun bukan sahaja telah membenarkan KMMM bergerak bebas malah telah menyediakan segala kemudahan yang ada untuk KMMM menjalankan aktivitinya. Ini adalah kerana KMMM banyak membantu Jepun memasuki Tanah Melayu dan Singapura.
Pihak Jepun telah membenarkan KMMM menggunakan bangunana ‘MALACCA CLUB’
Sebagai ibupejabat kesatuan itu. Bangunana yang indah tesergam gagah di patai Banda Hilir itu amat besar faedah dan ertinya kepada KMMM.
Dari Malacca Club itulah aktiviti-aktiviti KMMM digerak dan dipergiatkan lagi. Pemimpin-pemimpin KMMM banyak memberi kerjasama kepada Jepun dan berganding bahu hingga KMMM dapat sambutan yang luar biasa dari orang-orang Melayu Melaka. Jika dahulu orang-orang Melayu, khasnya golongan-golongan tua bagitu benci dan jijik pada KMMM tetapi pada waktu itu mereka menganggap KMMM sebagai satu pertubuhan yang perlu dianggotai. Dengan menjadi ahli KMMM mereka seolah-olah mendapat ‘passport’ tertentu dari pembesar-pembesar Jepun. Dengan menggunakan ‘passport’ itu mereka dapat mengelakkan diri dan keluarga mereka dari kekejaman Kempetei Jepun yang terkenal dengan keganasan mereka itu.
Pegawai-pegawai KMMM telah dapat bergaul bebas dengan pembesar-pembesar Jepun. Ahli-ahli KMMM dianggap sahabat oleh Jepun. Dengan itu didapati permohonan menjadi ahli KMMM telah datang mencurah-curah hinggakan pada satu ketika KMMM telah kehabisan buku resit. Oleh keranan terlalu ramai orang-orang Melayu Melaka melibatkan diri dengan KMMM itu maka terpaksa diadakan cawangan-cawanganya di Merlimau, Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Apabila KMMM bertambah popular berlaku pergelutan merebut kuasa antara golongan-golongan baru dengan pemimpin-pemimpin lama. Ada juga cawangan-cawangan yang tidak menjalankan aktiviti mereka mengikut prosedur yang ditetapkan. Berlaku peristiwa tuduh menuduh dan buruk memburukkan pemimpin. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin veteran menarik diri dari kesatuan itu. Sebab itulah KMMM telah disusun semula dengan pegawai-pegawai baru mengetuai kesatuan itu. Mereka terdiri dari
Abd Hamid Hj Abdul Yang Di Pertua
Sabar Daud Setiausaha
Haji Yusof Hj Sulong Bendahari
Md Yusof Harun Jawatankuasa
Md Amin Abd Hamid Jawatankuasa
Jaamat Omar Jawtankuasa
Tawi Abd Hamid Jawatankuasa
Malangnya pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama sebab pemeritah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan Kesatuan Melayu Muda Melaka. KMMM dikatankan ada membuat perhubugan dengan Malayan Anti Japanese Army (MPAJA) yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya.
Namun demikian dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan orang-orang Melayu. Dari segi spiritualnya di dapati orang-orang Melayu Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan elit Melayu lama, KMMM pula telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang Melayu Melaka. yang mempunyai kesedaran kebangsaan dari setiap pelusuk Negeri Melaka.
Dalam pemerintahan Jepun KMMM hanya dapat berkhidmat selama 3 bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka, Ini boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah dijadikan asas orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan politik mereka selepas Perang Dunia II . Ini juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangankan melalui sesuatu organisasi melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melahirkan perasaan dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.
Zaman Jepun ini sama ada disedari atau tidak, sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kepada orang-orang Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian perpaduan. Jepun telah memberikan sumbangan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.
3.4 KMMM diharamkan oleh Pemerintah Jepun
Malangnya pegawai-pegawai yang baharu dilantik ini tidak dapat berkhidmat lama sebab pemerintah Jepun telah mengambil tindakan bagi mengharamkan Kesatuan Melayu Muda Melaka kerana didapati ada membuat perhubungan dengan Malaya People Anti Japanese Army yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya..
Walaupun dalam period transisi ini KMMM telah bagitu popular sekali di kalangan orang-orang Melayu tetapi segi spiritualnya didapati orang-orang Melayu Melaka telah dapat disatukan di bawah bendera KMMM. Kalau Kesatuan Melayu Melaka dapat mempengaruhi golongan-golongan lama, KMMM pula telah dapat menyatukan semua golongan orang-orang Melayu Melaka yang mempunyai kesedaran kebangsaan, dari setiap pelusuk negeri Melaka.
Dalam zaman pemerintahan Jepun, KMMM hanya dapat berkhidmat selama tiga bulan sahaja (15.2.1942 hingga Mei, 1942). Dalam masa yang bagitu singkat KMMM telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu Melaka. Ini boleh dianggap satu kejayaan KMMM yang cemerlang. Penyatuan inilah dijadikan asas oleh orang-orang Melayu Melaka meneruskan perjuangan politik mereka selepas Perang Dunia II. Ini juga secara tidak langsung telah memberi kesedaran pada orang-orang Melayu Melaka bahawa politik itu mesti diperjuangkan melalui sesuatu organisasi, melalui perpaduan dan penyatuan. Sikap seperti sebelum perang melalui penulisan dan melaung-melaung dalam akhbar sudah tidak berapa efektif lagi.
Ini menunjukkan zaman Jepun ini, sama ada disedari atau tidak , sedikit sebanyak telah melahirkan kesedaran kebangsaan kepada orang-orang Melayu Melaka khasnya. Orang-orang Jepun telah memberi pelajaran kepada orang-orang Melayu terutama tentang nilai diri dan bangsanya sendiri. Orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat dan dari berbagai-bagai latarbelakang pendidikan telah mula bersatu dan memahami pengertian perpaduan. Jepun telah memberikan sumbagan yang banyak ke arah ini. Kesedaran ini merupakan asas dalam penubuhan UMNO kemudiannya.

No comments:

Post a Comment